Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

STB akan perkenal pelbagai tarikan pelancong

Antaranya permainan luncur air, dunia ala filem cereka sains 'Avatar', kilang coklat
Apr 07, 2022 | 06:07 AM



SEDANG Singapura melonggarkan sekatan Covid-19 setempat dan mengambil langkah membuka semula sempadannya, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) turut bersiap sedia bagi pemulihan sektor pelancongan.



Beberapa tarikan dan pengalaman baru kini dirancang untuk meningkatkan semula permintaan pelancongan yang terpendam selama sekitar dua tahun ini.



Antaranya termasuk prasarana sukan aksi di Somerset, kilang coklat di Dempsey dan mengubah Gardens by the Bay menjadi dunia cerita seperti dalam filem cereka sains popular, Avatar.



Syarikat sukan kembara yang berpangkalan di Singapura, The Ride Side, akan menubuhkan prasarana sukan aksi di tapak kosong sebelah Somerset Skate Park.



Dinamakan Trifecta, prasarana itu akan membolehkan pengunjung meluncur serta bermain luncur air, ski dan snowboard di pelbagai arena yang meraih inspirasi daripada ruang luncur di California, ombak di Bali dan salji halus ibarat serbuk di Jepun.



Cerun salji di arena salji di prasarana itu akan dilengkapi dengan simulator ski realiti maya (VR) pertama di Asia untuk meniru kawasan tidak rata gunung semula jadi.



Teknologi juga akan digunakan untuk menghasilkan kepala air hingga 1.5 meter bagi mereka yang ingin bermain luncur air di prasarana akan datang itu.



Selain arena permainan, tarikan itu juga akan memaparkan kedai makan dan kedai yang menawarkan pelbagai barangan.



Prasarana seluas lebih 49,611 kaki persegi itu merupakan sebahagian rancangan untuk memberi suntikan nafas baru ke Orchard Road, kawasan pusat beli-belah utama Singapura.



Dalam pada itu, peminat coklat juga boleh menantikan konsep kilang coklat baru yang akan dilancarkan tahun ini di Dempsey.



Dilancarkan syarikat tanah air Mr Bucket Chocolaterie, ia akan memaparkan ruang bagi orang ramai menghasilkan coklat mereka sendiri dengan perisa Asia yang unik, satu pengalaman yang diperkenal buat kali pertama di Singapura.



Sementara itu, tarikan Cloud Forest di Gardens by the Bay pula akan diubah menjadi Pandora, dunia cereka daripada filem cereka sains popular, Avatar, yang dikeluarkan pada 2009.



Konsep baru yang dinamakan Avatar: The Experience itu akan diperkenal tahun ini hasil kerjasama antara Cityneon Holdings, Disney Location-Based Experiences, pengarah filem James Cameron dan Lightstorm Entertainment oleh Jon Landau.



Dengan air terjun yang ikonik, laluan yang berpusar dan rumah hijau kaca, Cloud Forest merupakan lokasi terbaik bagi pengalaman baru itu, menurut ketua eksekutif kumpulan dan pengerusi eksekutif Cityneon, Encik Ron Tan.



Disifatkan sebagai satu acara yang mengasyikkan, Avatar: The Experience akan memaparkan elemen utama seperti pulau terapung ajaib di Pandora.



Pengalaman itu juga bertujuan dilancar sempena Avatar 2 yang bakal dikeluarkan di seluruh dunia Disember nanti.



Dalam pada itu, orang ramai juga boleh menikmati satu kegiatan permainan perlumbaan interaktif yang baru di Sentosa pada masa akan datang.



Kegiatan itu sedang dihasilkan oleh Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) dan Palawan Innovation Studios.



Dikenali sebagai HyperDrive, tarikan baru itu antara lain akan menggunakan go-kart elektrik sebagai sebahagian langkah menjadi lebih mampan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >