Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

STB: Gabung, pindah milik baucar $100 dilarang

Nov 29, 2020 | 05:30 AM



BAUCAR Teroka Semula Singapura benilai $100 tidak boleh digabungkan dengan baucar orang lain atau dipindahkan agar seberapa banyak perniagaan lain juga dapat meraih manfaat dari skim itu.



Menjelaskan, pengarah komunikasi dan kemampuan pemasaran Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Encik Terrence Voon berkata:



"Baucar tersebut seharusnya menyokong perniagaan pelancongan yang terjejas teruk disebabkan Covid-19, jadi kami berharap agar rakyat Singapura dapat memberi sokongan kepada sebanyak perniagaan yang mungkin".



Meskipun ramai yang mengalu-alukan skim tersebut, ada yang mengeluh kerana mereka dilarang menggabungkan baucar bernilai $100 itu dengan baucar milik ahli keluarga atau rakan apabila membuat tempahan bersama.



Sementara itu, Encik Voon, yang bercakap kepada media selepas proses penebusan ujian di kelab masyarakat Tiong Bahru semalam, turut menegaskan bahawa larangan tersebut akan membantu mencegah sebarang penipuan.



Warga Singapura berusia 18 tahun ke atas boleh memanfaatkan baucar itu sehingga 30 Jun menerusi lima wadah tempahan dalam talian.



Mereka adalah Changi Travel Services, GlobalTix, Traveloka, Trip.com dan Klook, dengan kerjasama UOB Travel Planners.



Baucar tersebut boleh digunakan untuk penginapan hotel, tiket tempat tarikan dan lawatan setempat yang layak, mulai lusa.



Setiap baucar disediakan dalam denominasi bernilai $10 dan rakyat Singapura boleh menentukan nilai yang ingin digunakan untuk setiap tempahan produk pelancongan.



Pemerintah menggalak warga mendapatkan baucar secara digital melalui SingPass, namun bantuan masih akan ditawarkan kepada golongan yang mengalami kesukaran untuk menebus baucar itu, antaranya seperti warga emas.



Walau bagaimanapun, Encik Voon menasihatkan agar mereka yang memerlukan bantuan untuk menunjukkan cara menggunakan baucar itu, supaya tidak terburu-buru ke pusat atau kelab masyarakat berdekatan tempat tinggal mereka.



Sekitar 69 kaunter fizikal akan disediakan di merata negara dan sebahagian besar kaunter itu terletak di kelab dan pusat masyarakat (CC) atau sekitar 5 minit perjalanan dari kelab masyarakat.



Kaunter tempahan juga disediakan di beberapa pusat beli-belah dan lokasi SingPost.



Kaunter bantuan yang dikendalikan oleh dua hingga tiga duta Baucar Teroka Semula Singapura juga akan disediakan untuk mengongsi maklumat mengenai skim tersebut dan bagaimana untuk menggunakan baucar itu.



STB berkata warga mungkin terpaksa menunggu selama setengah jam jika ingin mendapatkan bantuan.



"Bagi menawarkan bantuan yang lebih menyeluruh, duta rakan tempahan Baucar Teroka Semula Singapura mungkin memerlukan sehingga 30 minit bagi setiap pelanggan.



"Kami menasihatkan rakyat Singapura yang perlukan bantuan supaya tidak bergegas ke lokasi fizikal pada Disember nanti, untuk mengelakkan daripada membuat barisan panjang," menurut STB yang juga mengingatkan warga Singapura supaya mempunyai akaun SingPass yang sah sebelum melawat rakan tempahan yang diluluskan di lokasi fizikal mereka.



Seramai 15 warga senja telah dijemput ke kelab masyarakat Tiong Bahru pagi semalam untuk mencuba dan mempelajari cara menggunakan baucar tersebut.



Antara mereka adalah Cik Hameetha Mohd Appa, 60 tahun.



Mengulas tentang proses menebus dan menggunakan baucar itu, beliau berkata: "Ianya agak mudah untuk dilakukan setelah saya ditunjuk bagaimana cara untuk menggunakannya.



"Apabila baucar itu sudah boleh mula digunakan, saya ingin ke SEA Aquarium di Resorts World Sentosa bersama keluarga saya".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >