Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

STB: Lebih 120,000 penumpang telah naiki kapal persiaran

Apr 02, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 120,000 penumpang telah menaiki kapal persiaran dan tiada kes Covid-19 dilaporkan di atas kapal sejauh ini.



Ini sejak program perintis yang bertujuan merancakkan lagi industri tersebut dilancarkan November lalu, menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB).



Pengarah kapal persiaran di STB, Cik Annie Chang, berkata program perintis itu ingin mengembalikan keyakinan penumpang dan ia memberi pengesahan kepada pengendali kapal persiaran yang menepati langkah-langkah kebersihan.



"Piawaian Singapore CruiseSafe telah menetapkan kayu pengukur yang jelas kepada rakan kongsi kapal persiaran kami, yang berusaha memastikan langkah keselamatan di atas kapal ditepati," tambahnya.



Dalam satu kenyataan semalam, Royal Caribbean International mengumumkan bahawa ia akan melanjutkan pelayaran Quantum of the Seas hingga Oktober tahun ini, selepas syarikat tersebut melihat permintaan yang menggalakkan untuk menaiki kapal tersebut.



Menurut kenyataan itu, lebih 30 pelayaran berjaya dilangsungkan sejak ia dimulakan Disember lalu.



"Dengan lebih 50,000 penumpang yang telah belayar menaiki kapal kami dan tiada kes Covid-19 di atas kapal sejauh ini, penumpang boleh menjangkakan percutian di atas kapal yang selamat dan tidak dapat dilupakan," kata presiden Royal Caribbean International, Encik Michael Bayley.



Tambahnya, permintaan akan terus meningkat terutama sekali dengan vaksin yang sedang diagihkan secara global serta amalan keselamatan antarabangsa yang dipraktikkan.



Demi mengendalikan 'Cruises to Nowhere', kededua Royal Caribbean International dan Genting Cruise Lines perlu menepati garis pandu yang ditentukan STB.



Ini termasuk mengendalikan operasi dengan separuh kakitangan yang ada serta menepati langkah keselamatan yang ketat serta protokol jangkitan.



Penumpang yang menaiki kapal persiaran seperti itu perlu menjalani ujian Covid-19 sebelum naik dan perlu menggunakan TraceTogether untuk dijejaki secara berkesan.



Mereka juga perlu menepati peraturan langkah jarak selamat dan tidak berinteraksi antara kumpulan berbeza.



Industri kapal persiaran global secara keseluruhan semakin pulih.



Selain Singapura, Royal Caribbean juga akan berlayar dari Israel buat kali pertama bulan depan, dengan 50 peratus dari warganya sudah mendapatkan vaksinasi pada 15 Mac.



Ia juga akan meneruskan pelayaran di Caribbean pada Jun dan di Britain pada Julai nanti.



Star Cruises, yang bernaung di bawah Genting Cruise Lines, akan meneruskan pelayarannya di Malaysia buat pertama kali sejak pandemik berlaku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >