PARA penumpang yang tinggal di antara stesen-stesen MRT Yishun dan Sembawang di Laluan Utara-Selatan boleh menjangkakan stesen MRT baru, yang dijadual siap pada 2019.
Kerja-kerja pembinaan di stesen MRT Canberra yang baru itu, terletak di Canberra Link dan digunakan para penduduk yang tinggal di estet Sembawang Springs dan Montreal, akan bermula pada pertengahan tahun depan, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini.
Ini adalah stesen MRT kedua yang dibina di atas landasan kereta api yang sedia ada dan.
Yang pertama adalah stesen Dover di Laluan Timur-Barat, dibuka pada 2001.
Stesen baru ini akan mengurangkan masa perjalanan sebanyak 10 minit ke arah Jurong East atau pusat bandar, tambah LTA.
Ia akan mempunyai lima pintu masuk yang menghubungkan stesen Canberra ke kawasan perumahan baru di Canberra Link.
Ciri-ciri lain termasuk jambatan, serta laluan penghubung berbumbung untuk perhentian bas dan tempat meletak basikal.