Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Stesen MRT NEL di Outram Park, Chinatown, Clarke Quay tutup lebih awal pada Jumaat, Sabtu bulan ini

Mar 09, 2019 | 06:30 PM



BEBERAPA stesen MRT di Laluan Timur Laut (NEL) akan ditutup lebih awal pada Jumaat dan Sabtu bulan ini.

Menteri Negara Kanan Pengangkutan Janil Puthucheary berkata pada Sabtu(9 Mac) kerja penyenggaraan akan dilakukan di sepanjang HarbourFront dan Dhoby Ghaut bermula semalam.



Stesen itu termasuk Outram Park, Chinatown dan Clarke Quay.

Dari 8 hingga 30 Mac, stesen ituakan ditutup sekitar jam 11 malam pada Jumaat dan Sabtu.

“Masa operasi yang lebih singkat itu akan memberi lebih banyak masa bagi jurutera kami menggiat dan mempercepat kerja penyenggaraan dan pembaharuan aset,” kata Pihak Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) di laman webnya.



Penumpang boleh menjangkakan perkhidmatan kereta api yang lebih baik apabila kerja-kerja ini selesai, kata LTA lagi.

Dalam catatan di Facebook, Dr Janil berkata penutupan awal sebelum ini telah membolehkan kerja penyenggaraan di NEL di

tingkatkan.



“Kami telah mencapai kemajuan yang baik antara Serangoon dengan Punggol sejak awal tahun ini.

“Kami meminta penumpang faham sedang kami meneruskan usaha meningkatkan kebolehpercayaan rel untuk semua,” kata Dr Janil, yang juga Menteri Negara Kanan bagi Perhubungan dan Penerangan.



Pos Dr Janil itu turut diiringi gambar beliau mengunjungi kakitangan di stesen NEL sedang mereka melakukan kerja penyenggaraan.

LTA berkata perkhidmatan bas ulang-alik 22 akan disediakan untuk penumpang bagi perjalanan antara HarbourFront dengan Dhoby Ghaut di kedua-dua arah dari 11 malam pada tarikh terjejas.



Bas ulang-alik akan berhenti di perhentian bas yang ditetapkan atau di pusat pertukaran bas berdekatan stesen MRT terjejas. Bas itu akan disediakan setiap satu hingga lima minit.



“Memandangkan masa kereta api terakhir yang berlepas di setiap stesen pada hari terjejas ada

lah berbeza, penumpang dinasihatkan memeriksa masa bagi stesen tertentu di laman web SBS Transit serta wadah media sosial semasa merancang perjalanan mereka pada tarikh terjejas,” kata LTA.



Penumpang juga dinasihatkan supaya mengambil kira masa perjalanan tambahan, merancang perjalanan mereka lebih awal dan mengikut perjalanan laluan MRT atau perkhidmatan bas lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >