Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Stesen MRT, pusat pertukaran bas SMRT, jadi pusat jagaan masyarakat

Apr 27, 2021 | 05:30 AM



PENGENDALI pengangkutan SMRT sedang mengubah pusat pengangkutan yang dikendalikannya menjadi pusat jagaan yang boleh memberi khidmat kepada orang yang memerlukan dalam sesebuah kejiranan.



Sejumlah 17 stesen kereta api dan lima pusat pertukaran bas telah disenaraikan sebagai tempat tumpuan dimensia, di mana masyarakat boleh menimba lebih banyak pengetahuan mengenai dimensia dan khidmat berhubung dimensia, kata syarikat itu semalam.



Dalam tempoh dua tahun akan datang pula, kakitangan SMRT akan dilatih untuk menangani pelbagai keadaan, dari memberikan bantuan kecemasan hingga mencari kanak-kanak yang hilang.



Menurut SMRT, perkara-perkara itu adalah suatu yang biasa dialami dalam rangkaian pengangkutannya.



Encik Neo Kian Hong, ketua pegawai eksekutif kumpulan di SMRT Corporation, berkata: "Mengendalikan khidmat kereta api dan bas yang selamat, mampan dan mengutamakan penumpang kekal sebagai keutamaan kami," kata beliau.



Inisiatif itu, yang dinamakan Go-To SMRT, merangkumi pelbagai khidmat tambahan yang bertujuan menjadikan pusat pengangkutan tempat pertama yang dituju orang ramai yang memerlukan bantuan.



Semua stesen MRT dan pusat pertukaran bas yang terpilih juga akan dilengkapkan dengan kod QR yang boleh diimbas penumpang untuk mendapatkan maklumat perjalanan serta peta kemudahan di kawasan tersebut.



Ia memperluas khidmat yang diberikan SMRT melebihi pengangkutan dan mengubahnya menjadi pusat jagaan dalam masyarakat.



Pengerusi SMRT Corporation, Encik Seah Moon Ming, berkata ini akan dilakukan dengan penuh hormat dan rendah hati.



Ketua pegawai eksekutif Agensi Penjagaan Bersepadu Encik Tan Kwang Cheak berkata stesen MRT dan pusat pertukaran bas adalah tempat yang selesa dan mudah diakses bagi pesakit dimensia mendapatkan bantuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >