Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WEBINAR KESIHATAN MENTAL ANJURAN PPIS-BH

Stigma penghalang dapatkan bantuan awal

Oct 03, 2021 | 05:30 AM



STIGMA terhadap kesihatan mental masih berlaku di dalam kalangan masyarakat dan disebabkan itu, mungkin terdapat mereka yang menangguhkan daripada mendapatkan rawatan.



Ini juga boleh menimbulkan masalah dalam jangka masa panjang.



Itulah pandangan yang dikongsi ahli panel yang menyertai webinar kesihatan mental anjuran Persatuan Pemuda Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan Berita Harian yang akan berlangsung semalam, sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober.



Webinar bertajuk 'Be Kind To Your Mind' atau Utamakan Minda Anda antara lain membincangkan bagaimana keluarga dan ibu bapa dapat menangani cabaran itu dengan lebih baik dalam norma baru sekarang.



Acara yang turut disokong Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC), diadakan menerusi wadah Zoom dan disertai sekitar 100 peserta.



Webinar itu disertai moderator, Cik Shahida Sarhid, yang juga Koresponden Berita Harian.



Menyentuh tentang stigma tersebut, Pengarah Eksekutif Silver Ribbon (Singapura) dan Anggota Lembaga Persekutuan Kesihatan Mental Dunia, Cik Porsche Poh, berkata kesihatan mental masih menjadi topik yang tabu di negara Asia termasuk Singapura.



"Tidak semua orang selesa membincangkan tentang perkara ini. Kita mungkin mempunyai senarai sumber bantuan yang lengkap, tetapi masalahnya, mereka mungkin mempunyai keprihatinan tersendiri jika mereka ke hadapan.



"Mereka khuatir akan tanggapan daripada orang ramai, atau jika mereka tidak mempunyai peluang dalam mendapatkan pekerjaan atau memasuki sekolah yang mereka inginkan, disebabkan kesihatan mental mereka.



"Mungkin mereka juga khuatir akan mempunyai rekod jika mereka mendapatkan bantuan dari hospital pemerintah," kata Cik Poh.



Oleh kerana ini, beliau menegaskan agensi perkhidmatan sosial (SSA) telah bekerja keras untuk menghakis salah tanggapan tentang kesihatan mental ini.



Cik Poh menekankan bahawa pelbagai bantuan dan sokongan telah tersedia untuk mereka.



Menyentuh tentang keprihatinan dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam, Pengarah Alwafa dan Anggota Kehormat Majlis Tertinggi Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustazah Nadia Hanim Abdul Rahman, berkata isu masalah kemurungan atau kesihatan mental ini sering dikaitkan dengan gangguan lain atau seseorang itu mempunyai iman yang lemah.



Ustazah Nadia berkata meskipun corak pemikiran ini telah diterapkan sejak generasi lamanya, namun ia tidak semestinya mempunyai kebenarannya.



"Kita mungkin membesar dengan pemikiran bahawa mempunyai masalah kesihatan mental adalah satu perkara yang salah.



"Namun, ia okey kalau kita tidak merasa okey. Kita hanyalah manusia dan mempunyai kelemahan sendiri.



"Kini kita mempunyai ramai orang yang mampu membantu dan pemikiran ini perlu dikikis," ujarnya



Dalam hal ini, mereka yang memerlukan sokongan boleh mendapatkan bantuan dari PPIS yang menyediakan khidmat menerusi Akademi SYM, yang menawarkan terapi bagi individu, pasangan dan keluarga selain menyediakan ruang selamat bagi wanita Muslim dalam menjaga kesihatan mental dan kesejahteraan mereka.



Menerangkan lebih lanjut tentang khidmat yang disediakan ini, Pekerja Sosial Utama Pusat Khidmat Keluarga PPIS (Barat), Cik Nasriah Nasir, berkata PPIS juga menganjurkan webinar serta kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental.



Antara lain, mereka juga mengadakan perbincangan dan menyediakan ruang yang lebih selamat dalam usaha mengubah tanggapan tentang kesihatan mental.



"Dengan stigma sosial yang berlaku di sekitar kesihatan mental, ada keperluan untuk perbincangan terbuka dan jujur dalam masyarakat, sehingga lebih banyak orang akan merasa yakin untuk mengambil langkah pertama untuk mencari bantuan profesional," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >