Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Stok simpanan cukup lebih 3 bulan di Singapura jika semua beli secara tanggungjawab: Chun Sing

Mar 17, 2020 | 09:31 AM



SINGAPURA telah membuat pelan kontingensi bagi gangguan bekalan makanan dari Malaysia dan mempunyai stok simpanan lebih daripada tiga bulan jika semua orang membeli secara bertanggungjawab, kata Menteri untuk Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Selasa (17 Mac).



Majikan pekerja Malaysia yang perlu meletakkan kakitangan mereka dalam penginapan sementara juga boleh mendapatkan bantuan daripada agensi pemerintah dan persatuan perdagangan, katanya apabila ditemui media pada Selasa.



Beliau memberi jaminan itu berikutan kebimbangan rakyat Singapura berhubung implikasi pengumuman Malaysia pada Isnin (16 Mac) bahawa ia akan menyekat semua pergerakan di seluruh negara dari Rabu (18 Mac) hingga 31 Mac untuk mengelakkan penularan lanjut koronavirus di negara itu.



Encik Chan berkata rakyat Singapura tidak perlu bimbang kerana negara ini mempunyai rancangan untuk mengatasi keadaan ini dengan gabungan pengeluaran stok tempatan dan mempelbagaikan sumber luar negara. “Gabungan stok simpanan dan pengeluaran ini akan memberi kami masa untuk membawa masuk bekalan alternatif,” katanya.



Baca laporan lepas:



https://www.beritaharian.sg/dunia/covid-19-malaysia-laksana-perintah-kawalan-pergerakan-dua-minggu-mulai-rabu-18-mac




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >