Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Stoke terdesak buru tiga mata elak penyingkiran Liga Perdana

Nasib berbeza bagi dua kelab Liga Perdana England
Apr 22, 2018 | 05:30 AM



STOKE CITY tiada pilihan lain dan perlu menewaskan Burnley malam ini.



Bak terpaku di zon keciciran, Stoke hanya mampu meraih 28 mata sepanjang musim dan hanya empat mata di atas pasukan corot West Brom, dengan musimnya berbaki empat perlawanan.



Ia perlu mengharapkan pasukan lain di kaki Liga Perdana England kalah, jika berharap mengejar Swansea City, yang kini berada lima mata di atasnya di kedudukan lebih selamat, di tangga ke-17.



Burnley pula, bermegah di tangga ketujuh liga dan di ambang bola sepak Eropah, tidak dibebani tekanan seperti ini dan dengan kedudukan EPL terjamin, boleh mula merancang untuk musim depan.



Namun, dalam perlawanan bak 'hidup atau mati' untuknya ini, Stoke berbahaya.



Paul Lambert tahu, jika ia sekali lagi gagal meraih tiga mata maksimum malam ini - bagi enam perlawanan berturut-turut - bukan sahaja status Stoke di EPL akan tergugat, malah kerjayanya di sana.



STRATEGI, FORMASI, KESEBELASAN UTAMA



Sekilas pandang daripada carta senarai penjaring utama Stoke, kita sudah dapat mengetahui mengapa mereka kini terperosok di tangga kedua terbawah liga.



Stoke tidak mempunyai penyerang yang mampu menjanjikan sepuluh gol atau lebih.



Bayangkan penjaring utama Stoke ialah perancang tengah mereka Xherdan Shaqiri - dengan tujuh gol, diikuti Mame Biram Diouf (enam gol) dan penyerang veteran Peter Crouch (empat gol).



Penyerang yang diharap-harap, Eric Maxim Chupo-Moting (lima gol) pula dilanda kecederaan jangka panjang.



Bagi perlawanan ini, saya menjangkakan Stoke akan bermain dengan formasi 4-4- 1-1, dengan Xherdan Shaqiri bermain sebagai pemain nombor 10 mereka di belakang Diouf atau Crouch.



Shaqiri biasanya diberikan lesen bergerak bebas sama ada di bahagian tengah padang atau bergerak dari kiri dan kanan bagi mengumpan kepada pemain di barisan hadapan.



Di barisan 'midfield' pula, saya menjangkakan bekas pemain Liverpool Joe Allen, untuk mengemudi serangan pasukannya, bergerak seiring pemain nasional Senegal, Badou Ndiaye.



Namun, tidak seperti musim lepas, Allen kurang menyerlah pada musim ini dengan hanya menjaringkan dua gol sahaja berbanding enam gol pada musim lalu.



Untuk meringankan bebanan penyerang Stoke, Allen perlu bukan sahaja mengawal barisan tengah malah perlu pantas menemui semula sentuhan golnya.



PEMAIN TUNGGAK - Xherdan Shaqiri



Tidak syak lagi Shaqiri adalah pemain yang paling berpengaruh dalam menghidupkan gerakan-gerakan bahaya Stoke.



Di Stoke, segalanya bermula daripada Shaqiri.



Baik dalam merancang permainan mahupun dalam menjaringkan gol, ini termasuklah diberi tanggungjawab membuat sepakan dari posisi 'set play' sama ada tendangan sudut, percuma mahupun sepakan penalti.



Selain menyumbat gol, pemain nasional Switzerland yang berketurunan Albania ini, juga tangkas mencetak gol bagi rakan sepasukannya.



Jika Shaqiri cemerlang dalam perlawanan ini, Stoke juga akan meraih keputusan yang diidamkan.



Andai beliau diizinkan bergerak bebas, maka ia boleh membawa padah kerana Shaqiri mampu melakukan sesuatu yang istimewa.




Ramalan



Kededua Stoke dan Burnley melangkah ke padang malam ini dengan matlamat yang sama, tetapi berbekal motivasi yang berbeza.



Burnley mengejar pertandingan Eropah musim depan, sementara Stoke terdesak mengekalkan kedudukannya dalam Liga Perdana England.



Jangkakan perlawanan seimbang yang bak permainan catur antara pemain yang tenang dan sanggup bertahan, sementara mencari peluang tunggal untuk melakukan gerakan maut.



Lantaran itu, kesudahan perlawanan ini bergantung kepada kecemerlangan individu dan pemain individu yang paling 'dahaga' dan 'lapar' mencapai matlamat pasukan akan menentukan kemenangan untuk pasukannya.



Shaqiri bak keseorangan dan terlalu dibeban jangkaan pasukannya.



Lantaran itu, Wood dan rakan sepasukannya di Burnley akan pulang dengan tiga mata penuh malam ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >