Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Strategi bagi sokong niaga dan pekerja bangkit, rebut peluang digital dibentang

Inisiatif termasuk sokongan bagi syarikat berinovasi dan tembus pasaran global; program baru bantu syarikat setempat jalani transformasi digital
Mar 03, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH semalam membentangkan strategi bagi menyokong perniagaan dan pekerja untuk muncul lebih kukuh daripada ketidaktentuan ekonomi, serta merebut peluang dalam era digital.



Sejajar dengan tumpuan itu, inisiatif yang diperkenalkan termasuk sokongan bagi syarikat untuk berinovasi dan menembusi pasaran global, serta program baru bagi membantu syarikat setempat menjalani transformasi digital.



Pelbagai program baru itu diumumkan di perbahasan belanjawan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) di Parlimen semalam.



Berucap di perbahasan belanjawan kementeriannya, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, menggariskan tiga strategi ekonomi.



Ini termasuk memperkukuh kedudukan Singapura sebagai hab global bagi perniagaan dan teknologi; memperkuat kedudukan sebagai pusat penting dalam rantaian nilai global; dan membangun keupayaan syarikat dan pekerja untuk bersaing di arena sejagat.



Mengenai peranan sebagai hab global, Encik Chan berkata kemudahan berhubung secara digital akan mengubah peranan hab perniagaan. Ini kerana kegiatan rendah nilai boleh dipindah ke lokasi yang membolehkan kerja dari jauh.



Namun, dunia akan terus memerlukan hab perniagaan bagi urus niaga bernilai tinggi dan kerjasama yang dipercayai dan memerlukan interaksi fizikal.



"Bagi Singapura untuk menjadi satu hab perniagaan bermutu tinggi yang dipercayai di tahap global, kami harus mewujudkan sekitaran yang membezakan diri kita," kata Encik Chan.



Dalam hal ini, Singapura antara lain akan menggiat usaha menjadi pusat kritikal dalam rantaian nilai penyelidikan dan pengembangan (R&D), agar perniagaan akan melibatkan negara ini dalam rangkaian global mereka, meskipun semasa krisis.



Selain itu, Encik Chan berkata terdapat beberapa faktor yang boleh menjejas daya saing Singapura sebagai pusat penting dalam rantai nilai global. Ini termasuk ketangkasan mewujudkan produk baru, kepantasan menembusi pasaran baru, serta daya tahan rantai bekalan.



"Namun, daripada memburu pertumbuhan dalam industri baru sahaja, kita juga perlu memburu keupayaan kritikal untuk menguatkan kedudukan kita dalam setiap industri yang kita saingi," ujar Encik Chan.



Sementara itu, Singapura akan berusaha gigih untuk membantu perusahaan dan pekerja meraih kemahiran bagi bersaing di tahap global, Encik Chan lagi.



Perniagaan boleh memainkan peranan untuk membangun bakat setempat dan memupuk warga Singapura dalam jawatan kepimpinan. Warga Singapura pula perlu bersedia menyerantau bagi merebut peluang baru.



"Inilah langkah yang wajar bagi ekonomi kecil seperti kita," ujar Encik Chan.



MTI semalam mengumumkan Program Penasihat Inovasi (IAP) yang diperluas bagi membolehkan SME memanfaatkan bimbingan pakar untuk berinovasi, satu program perintis bagi SME mendapatkan nasihat untuk berkembang, serta kos lebih rendah bagi perusahaan menembusi pasaran global.



Dalam perbahasan belanjawan MCI pula, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran, berkata MCI dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) akan menggiat usaha meluaskan pendekatan digital dalam kalangan SME.



"Bekerjasama dengan agensi ekonomi lain, kami akan menyokong perusahaan dalam pelbagai tahap pertumbuhan, daripada yang baru bermula hingga yang mahu berkembang, untuk merebut peluang dan memanfaat potensi teknologi baru dan data," ujar Encik Iswaran.



Antara lain, beliau mengumumkan inisiatif Khidmat Ketua Pegawai Teknologi (CTO) untuk membantu SME akses sumber pendigitalan dan khidmat penasihat digital, serta Program Pemimpin Digital untuk membantu syarikat mendigitalisasi model perniagaan.




BAHAS BELANJAWAN



MTI:



MCI:



MINLAW:



PARLIMEN






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >