Strategi tiga-penjuru Singapura perangi COVID-19 , Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
4:00
Maghrib
7:03
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat3

PERKEMBANGAN KORONAVIRUS

Strategi tiga-penjuru Singapura perangi COVID-19

Mar 30, 2020 | 05:30 AM

MENTERI Kesihatan Gan Kim Yong, minggu lalu memberi perkembangan terkini mengenai strategi Singapura dalam memerangi koronavirus sejak ia menular di sini pada Januari lalu.

Sehingga 25 Mac, Singapura telah mengesahkan 558 kes, termasuk dua yang maut.

Sejumlah 155 pesakit telah pulih.

Menurut Encik Gan, teras strategi Singapura adalah memperlahankan kadar jangkitan dan mengekalkannya pada paras rendah untuk seberapa lama yang mampu.

Ini boleh membantu Singapura mengadakan siasatan menjejaki sumber dan penularan virus, menjejaki kenalan rapat pesakit dan mengadakan kuarantin demi mengekang penularan lebih lanjut Covid-19.

Malah, ini juga boleh memelihara keupayaan sistem jagaan kesihatan menampung dan merawat pesakit.

Berikut adalah tiga gelombang kes Covid-19 di sini.

Lewat Janurari-Februari:

Kes yang diimport dari China. Virus bersumber dari Wuhan, ibu kota wilayah Hubei. Pesakit awal kebanyakannya pelancong dari Wuhan ke Singapura.

Februari-Mac:

Sebahagian kes diimport menyebabkan kelompok setempat berlaku, seperti yang dikesan di kedai produk kesihatan yang sering dikunjungi pelancong dari China, dan dua lagi kelompok yang melibatkan dua gereja. Dua pelawat dari China telah mengunjungi salah satu gereja, menyebabkan warga Singapura dijangkiti.

Pertengahan Mac-masa ini:

Gelombang kedua kes diimport. Ini menyebabkan bilangan kes berganda dalam seminggu, daripada 266 kepada 558 sehingga 24 Mac dan hampir 80 peratus kes ini adalah kes yang diimport.

Pesakit-pesakit ini bukan dari China, walau sekitar 1,000 penduduk tetap Singapura dan pemilik pas jangka panjang telah pulang dari China sejak tempoh seminggu yang lalu.

Sebaliknya, kes-kes baru ini melibatkan warga Singapura dan penduduk yang pulang dari tiga negara utam - Britain, Amerika Syarikat dan Indonesia.

Encik Gan berkata: "Dalam tempoh beberapa minggu akan datang, jumlah kes akan terus meningkat, dengan sebahagian daripada sekitar 200,000 warga Singapura di luar negara pulang dari merata dunia."


STRATEGI TIGA-PENJURU SINGAPURA

1. Kurangkan kes diimport

Singapura telah mengenakan sekatan sempadan sejak Januari untuk membendung aliran masuk pengunjung ke dalam negara.

Pada awalnya, pengunjung yang baru sahaja ke Hubei tidak dibenarkan masuk.

Sekarang, semua pengunjung jangka pendek dari mana sahaja negara dihalang daripada memasuki atau transit di Singapura.

Hanya warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas kerja jangka panjang boleh pulang dari luar negeri.

Warga Singapura juga digesa agar tidak ke luar negara dan akan dikenakan penalti - seperti penjagaan kesihatan Covid-19 tanpa subsidi - jika mereka masih berbuat demikian.

2. Kesan dan asingkan kes awal

Pemeriksaan sempadan diperkukuh sejak berita penularan virus itu timbul supaya dapat mengesan dan mengasingkan kes sebelum mereka berhubungan dengan orang lain di Singapura.

Contohnya, pemeriksaan suhu badan, kesihatan dan ujian swap telah dilaksanakan di semua pusat pemeriksaan.

Kes yang disyaki terus dihantar ke hospital dan pengunjung yang menunjukkan simptom dan beberapa pengunjung lain menjalani ujian swab sebagai langkah pencegahan.

Selain pusat pemeriksaan, terdapat sistem pengawasan di hospital, poliklinik dan lebih 900 klinik di bawah skim Persediaan Kesihatan Awam.

Klinik ini menawarkan harga bersubsidi bagi pesakit yang menghidapi penyakit pernafasan untuk mendapatkan rawatan dan dikesan awal jika mereka mengalami Covid-19.

Setakat ini, Singapura telah menjalankan lebih 39,000 ujian Covid-19.

Ini bermaksud bagi setiap sejuta orang di Singapura, 6,800 ujian telah dijalankan.

Jumlah ini berbanding 6,500 di Korea Selatan dan 1,000 di Taiwan.

"Ujian ini adalah penting dalam membantu kita mengesan sebanyak kes semungkin dan seawal semungkin," kata Encik Gan.

Pengesanan kenalan juga senjata yang penting. Sebaik sahaja satu kes itu disahkan, pengesanan kenalan dijalankan untuk mengenal pasti kenalan rapat dan mengkuarantin mereka secepat mungkin, supaya penularan penyakit itu boleh dihentikan.

3. Tekanan pada tanggungjawab sosial dan kebersihan diri yang baik

Pemerintah telah menekankan kepentingan bagi individu memainkan peranan masing-masing untuk mengurangkan risiko penularan Covid-19.

Mereka boleh berbuat demikian melalui kebersihan diri, tanggungjawab sosial dan penjarakan sosial.

Pemerintah juga telah menggesa orang ramai supaya mematuhi arahan kuarantin dan notis jangan keluar rumah.

"Jika anda melanggar arahan ini, anda akan dikenakan penalti dan penalti terbesar adalah kemungkinan anda menjangkiti mereka yang rapat dengan anda," tambah Encik Gan.

Mesej seperti kepentingan mencuci tangan dan berjumpa doktor dengan segera telah disebarkan kepada ramai orang.

Pemerintah telah turut menghulurkan bantuan kepada majikan yang pekerjanya perlu menjalani kuarantin dan notis jangan keluar rumah.

Kementerian Kesihatan telah memberi tumpuan kepada warga emas dan menggesa mereka untukmengelakkan kegiatan yang melibatkan kumpulan besar.


1. KURANGKAN KES DIIMPORT

2. KESAN DAN ASINGKAN KES AWAL

3. TEKANAN PADA TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN KEBERSIHAN DIRI YANG BAIK


AMARAN JUMLAH KES AKAN MENINGKAT

"Dalam tempoh beberapa minggu akan datang, jumlah kes akan terus meningkat, dengan sebahagian daripada sekitar 200,000 warga Singapura di luar negara pulang dari merata dunia."

APA PENALTI TERBESAR

"Jika anda melanggar arahan ini, anda akan dikenakan penalti dan penalti terbesar adalah kemungkinan anda menjangkiti mereka yang rapat dengan anda,"
- Encik Gan Kim Yong, Menteri Kesihatan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map