Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:24

Struktur kerja yang berubah didorong transformasi industri

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Struktur kerja yang berubah didorong transformasi industri

Sep 08, 2021 | 05:30 AM

TRANSFORMASI industri masa depan merupakan dorongan utama bagi majikan mengubah struktur pekerjaan dan menilai jenis tenaga kerja yang diperlukan.

Meskipun pandemik Covid-19 telah menjejas sektor-sektor tertentu dan mengakibatkan pemberhentian kerja, kemajuan teknologi serta keperluan pekerjaan yang terus berubah bermakna majikan perlu menyesuaikan tenaga kerja berdasarkan keperluan masa depan, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon.

Justeru, langkah memberi bantuan awal kepada golongan yang diberhentikan kerja penting supaya mereka dapat mempertimbang peluang lain yang tersedia, sama ada untuk mempertingkat kemahiran mahupun berpindah kepada sektor lain.

Ini selaras dengan perubahan yang diperkenalkan semalam terhadap proses pemberhentian pekerja oleh majikan.

Mulai 1 November, majikan dengan 10 pekerja atau lebih perlu memaklumkan langkah untuk memberhentikan pekerja kepada Kementerian Tenaga Kerja, tidak kira jumlah pekerja yang diberhentikan, menurut MOM semalam.

Buat masa kini, majikan hanya perlu memberitahu MOM apabila memberhentikan lima atau lebih pekerja dalam tempoh enam bulan.

Memberi responsnya kepada pertanyaan pihak media sama ada langkah tersebut diperkenalkan disebabkan jumlah pemberhentian pekerjaan dijangka naik dalam keadaan pandemik ini, Dr Koh berkata:

"Dorongan utama secara keseluruhan adalah transformasi industri. Sedangkan sebelum Covid-19 juga kita sudah lihat kemajuan teknologi yang menyebabkan perubahan dalam beberapa sektor.

"Untuk itu, pada masa akan datang syarikat akan mengubah struktur tenaga kerja mereka untuk disesuaikan kepada keperluan," katanya.

Namun, Dr Koh tidak menafikan kesan Covid-19 terhadap beberapa sektor pekerjaan yang menyebabkan pemberhentian kerja.

Dalam kenyataannya semalam, MOM berkata:

"Pemberitahuan yang diubah itu membolehkan rakan kongsi tiga pihak, Agensi Tenaga Kerja Singapura, Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) serta agensi lain untuk mendekati pekerja tempatan yang terjejas untuk memberikan sokongan dalam mencari pekerjaan."

Antara sokongan yang dimaksudkan termasuk bengkel, panduan jurulatih kerjaya, membina rangkaian, pameran pekerjaan dan pemadanan dan rujukan untuk pekerjaan.


SEKILAS

  • Syarikat dengan 10 atau lebih pekerja perlu beritahu MOM bagi setiap pekerja yang diberhentikan mulai 1 November.
  • Pemberitahuan tersebut perlu difailkan lima hari selepas memberikan notis pemberhentian kerja kepada pekerja terjejas.
  • Kini, majikan hanya perlu memberitahu MOM apabila memberhentikan lima atau lebih pekerja dalam tempoh enam bulan. Pemberitahuan tersebut boleh dilakukan melalui laman MOM dengan menghantar maklumat termasuk saiz tenaga kerja sebelum pemberhentian tersebut serta butiran pekerja yang terjejas, seperti peranannya di tempat kerja.
  • Proses tersebut biasanya mengambil masa 10 minit.
  • Denda hingga $2,000 boleh dikenakan kepada majikan yang tidak mematuhi peraturan tersebut.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3