Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Studio tari di tingkat dua Geylang Bahru dijilat api

Jul 29, 2021 | 05:30 AM



SATU kebakaran dilaporkan di Geylang Bahru pada awal pagi semalam.



Unit yang terlibat adalah studio tari di tingkat dua Blok 70A Geylang Bahru, yang terletak di sebelah Majlis Bandaran Jalan Besar.



Majlis Bandaran itu tidak terjejas oleh kebakaran tersebut.



Kebakaran itu melibatkan barangan di aras dua bangunan dua tingkat itu, dan tiada kecederaan dilaporkan buat masa ini, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Dalam satu kiriman Facebook semalam, SCDF berkata pihaknya diberitahu mengenai kebakaran itu pada 6.35 pagi.



Sebaik tiba di sana, anggota bomba mendapati aras dua bangunan dua tingkat itu terbakar.



Anggota bomba segera mengerahkan jet air di sekitar premis untuk membendung kebakaran itu dan menghalangnya daripada merebak.



Kebakaran itu melibatkan kandungan studio tari tersebut, dan dipadamkan oleh SCDF dalam masa sekitar satu jam.



Setelah api terkawal, anggota bomba memakai alat pernafasan dan ke tingkat dua untuk mencari sumber kebakaran.



Anggota bomba harus berhati-hati kerana jubin bumbung di atas mereka mulai jatuh, tambah SCDF.



Secara keseluruhan, SCDF mengerahkan 11 kenderaan kecemasan dan sekitar 40 anggota bomba ke tempat kejadian.



Pada puncak operasi, empat jet air dikerahkan.



SCDF kemudian melakukan operasi pelembapan, iaitu meletakkan air di atas permukaan yang terbakar yang basah segera setelah api dipadamkan untuk mengelakkan api daripada kembali menyala.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >