KES VAGINISMUS
Suami ancam berpisah sebab hidup tiada seks
Apr 03, 2016 | 05:30 AM
BELIAU berpendidikan dan mempunyai kerjaya mantap. Cik Aisha (bukan nama sebenar) seolah-olah memiliki segala-galanya, tetapi beliau memendam rahsia yang berat.
Beliau rasa sakit yang teramat bisa setiap kali bersetubuh dengan suami. Mereka sudah berkahwin selama setahun selepas berpacaran tiga tahun.