Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suami didakwa lemaskan isteri dengan bantal semasa cuti di UK

Aug 03, 2022 | 05:30 AM



SEORANG warga Singapura berusia 51 tahun yang dituduh membunuh isterinya di sebuah hotel ketika bercuti di Newcastle, United Kingdom, dikatakan telah melemaskan beliau menggunakan bantal setelah wanita itu berleter dengannya.



Fong Soong Hert menafikan dia membunuh Cik Pek Ying Ling, 51 tahun, dan memberitahu juri di Mahkamah Newcastle Crown bahawa dia tidak ingat dan mempertahankan dirinya kerana didakwa membunuh isterinya, menurut laporan BBC kelmarin.



Pendakwa Peter Makepeace QC berkata Cik Pek tidak senang dengan Fong kerana dia terus merokok walaupun kurang sihat ketika dalam percutian mereka.



Cik Pek diisytiharkan meninggal dunia di County Aparthotel di Newcastle pada 7.32 pagi pada 6 Disember, 2021.



Pasangan itu sedang bercuti dan merancang bertemu salah satu daripada anak lelaki mereka.



Akhbar The Straits Times sebelum ini melaporkan bahawa pasangan itu, yang telah berkahwin selama 27 tahun, mempunyai tiga anak lelaki dewasa berusia 20-an tahun.



ST difahamkan bahawa sekurang-kurangnya satu anak lelaki mereka kini berada di Newcastle bagi perbicaraan itu.



Menurut Daily Mail, Mahkamah Newcastle Crown mendengar kelmarin bahawa pada malam kejadian, Fong menghantar mesej kepada anak mereka, yang sedang belajar di sebuah universiti di Newcastle.



"Saya telah mencederakan ibu kamu. Beliau sudah tidak ada. Beliau meninggal dunia. Saya hilang kawalan. Saya cuba menutup mulutnya untuk mendiamkannya. Saya terus hilang kawalan," katanya dalam mesej tersebut.



Fong kemudian memberitahu polis bahawa dia "hanya mahu beliau untuk diam."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >