Suami isteri dijel, denda kerana dera amah dengan merotan, dipaksa makan muntah
Mar 19, 2019 | 05:30 AM
SEPASANG suami isteri berulang kali mendera amah mereka dengan menyebat dan menendangnya, memaksanya makan nasi campur gula dan makan muntah sendiri.
Pada satu ketika, Cik Moe Moe Than, 32 tahun, warga Myanmar, dipaksa melakukan tugasnya dengan hanya memakai coli dan seluar pendek.