Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suami isteri selesa tinggal di flat 3I meskipun tandas dan bilik mandi terletak di ruang dapur

Jun 24, 2019 | 05:30 AM



FLAT tiga biliknya jenis 3I di Blok 45 Sims Drive, cukup menyelesakan meskipun tandas dan bilik mandinya berada di ruang dapur.



Encik Ami Raif, guru pesara berusia 87 tahun, memang sengaja memilih flat jenis itu kerana flat di tingkat dua tersebut mempunyai kemudahan lif, lantas memudahkan beliau dan isterinya yang berkerusi roda bergerak ke sana sini.



"Dulu kami tinggal di flat empat bilik di Eunos, tetapi saya jual pada 2005 kerana meskipun ia terletak di tingkat paling bawah, kami susah nak bergerak kerana ia mempunyai empat anak tangga.



"Memandangkan kesulitan yang isteri saya hadapi, saya terpaksa cari flat di paras lif, dan alhamdulillah, saya temui flat itu sekarang. Meskipun tak ada tandas dalam bilik utama, saya tak hadapi masalah uruskan isteri saya kerana tandas dan bilik mandi terletak di dapur,'' kata bapa tujuh anak (dua telah meninggal dunia), 13 cucu dan dua cicit itu.



Kesemua anaknya tinggal bersama keluarga masing-masing.



Isterinya, Cik Aminah Awang, 83 tahun, juga guru pesara, mula lumpuh pada 2005 akibat dua kali terjatuh dari bas di samping menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan Alzheimer (lupa).



Beliau membeli flatnya sekarang di pasaran terbuka dengan harga lebih $190,000 pada tahun yang sama.



"Kami hanya tinggal berdua dan pembantu rumah saya yang bantu uruskan keperluan isteri saya.



"Kalau anak, cucu dan cicit datang memang sempit kerana flat ini kecil. Jika mereka nak gunakan tandas kena bersabar sikit aja,'' kata beliau, berseloroh.



Cik Halimah Yunus, ibu lima anak berusia 70-an tahun, yang tinggal di flat 3I di Queenstown, pula menyatakan anak-anaknya selalu berebut untuk mengguna tandas ketika mereka masih kecil dahulu.



Masalah berlaku apabila mereka terlambat atau mahu segera ke sekolah sedangkan flat mereka ada hanya satu tandas.



"Kecoh apabila mereka tolak-menolak dan berebut-rebut mahu menggunakan tandas terutama apabila nak pergi ke sekolah pada pada waktu pagi.



"Saya masih ingat kesemua kejadian itu yang kadangkala melucukan. Mereka semua dah besar, dah bekeluarga dan punya rumah sendiri,'' kata Cik Halimah sambil menyatakan beliau lebih suka tandas dan bilik air di ruang dapur kerana banyak menghabiskan masa di ruang itu, termasuk memasak dan mencuci pakaian di situ.



"Cuma pada waktu malam leceh sikit... kena ke dapur jika mahu ke tandas atau ambil wuduk,'' tambahnya yang tinggal sendirian.



Beliau keberatan untuk diambil gambar di flatnya itu.



Seorang lagi pemilik flat 3I di Boon Lay Avenue yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Kamal, 55 tahun, menyatakan beliau menghadapi kesukaran untuk memandikan ibunya yang menggunakan kerusi roda.



"Saya atau isteri saya selalu angkat ibu dari katil dan bawa dia ke tandas atau bilik mandi dengan kerusi roda ke ruang dapur. Memang susah sikit tetapi lama-kelamaan dah jadi biasa,'' tambah pemandu itu yang bercadang membeli flat tiga bilik jenis New Generation (NG) yang mempunyai tandas di bilik utama selain di dapur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >