Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Suami isteri warga emas, anak maut terkena renjatan elektrik akibat pemanas air dipasang tidak selamat

Mar 10, 2022 | 05:30 AM



SEPASANG suami isteri warga emas dan anak lelaki mereka terkena renjatan elektrik kerana pemanas air di flat pasangan itu telah dipasang dengan cara yang tidak selamat, mahkamah koroner diberitahu semalam.



Tragedi di flat di Ho Ching Road pada 10 Disember 2020 itu meragut nyawa Allahyarham Omar Abdul Manan, 80 tahun, isterinya Allahyarhamha Asmah Bujang, 66 tahun, dan anak lelaki mereka Allahyarham Muhamad Ashikin Omar, 45 tahun.



Pemeriksaan menunjukkan bahawa palam (plug) tiga pin yang disambungkan ke soket elektrik digunakan untuk membekalkan kuasa kepada pemanas itu.



Jurutera bersekutu kanan, Encik Goh Chin Fong, dari Penguasa Pasaran Tenaga memberitahu mahkamah bahawa pemanas sepatutnya disambungkan terus ke suis dua kutub dan bukannya palam dinding.



Encik Goh, yang memberikan keterangan pakar, menyifatkan suis itu sebagai "suis buka-tutup dengan lampu buka-tutup".



Apabila penyiasat membuka palam tiga pin pemanas air itu, mereka juga mendapati bahawa kabel 'neutral' dan bumi telah bercantum.



Akibatnya, arus mengalir kembali ke tangki pemanas dalam pemanas air. Ini menyebabkan hos logam yang disambungkan ke tangki itu menjadi bertenaga.



Allahyarham Omar, yang ditemui dalam bilik air, dipercayai terkena renjatan elektrik selepas menyentuh hos itu. Allahyarhamha Asmah dilaporkan terkena renjatan elektrik selepas beliau bergegas masuk untuk membantunya.



Allahyarham Ashikin, yang tiba di flat itu pada sebelah petang, meninggal dunia apabila beliau menyentuh ibu bapanya.



Selepas tragedi itu, anak perempuan pasangan tersebut memberitahu penyiasat bahawa pemanas air itu dibeli sekitar tujuh tahun lalu tetapi beliau tidak tahu siapa yang memasangnya.



Encik Goh memberitahu Koroner Negara, Encik Adam Nakhoda, bahawa kabel dalam palam tiga pin mungkin bercantum kerana beban yang berlebihan.



Suis dua kutub adalah lebih selamat kerana kabel dijarakkan lebih jauh, mengurangkan risiko mereka bercantum.



Mahkamah diberitahu bahawa pemanas air itu sepatutnya menyebabkan gangguan kuasa kerana kebocoran elektrik. Ini akan memutuskan kuasa kepada unit itu.



Tetapi apabila penyiasat memeriksa flat tersebut, mereka mendapati pemutus litar arus sisa (RCCB) tidak melindungi litar elektrik utama untuk keseluruhan unit. Hanya bilik utiliti yang dilindungi.



Pasangan warga emas itu telah tinggal di flat yang sama sejak tahun 1970-an. Pada waktu itu, rumah HDB tidak dipasang dengan RCCB, kata Encik Goh.



Beliau menambah bahawa HDB memasang pemutus litar hanya dari tahun 1980-an dan sebuah RCCB telah ditambah ke rumah pasangan itu berikutan kerja menaik taraf sekitar 30 tahun selepas mereka berpindah.



Walau bagaimanapun, di rumah mereka, ia hanya melindungi bilik utiliti.



Flat HDB pada tahun 1970-an juga tidak mempunyai suis dua kutub, kata Encik Goh, yang menambah bahawa ia adalah kerana pemanas air tidak digunakan secara meluas ketika itu.



Koroner negara akan memberikan penemuannya bulan depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >