Suami parah dalam nahas libatkan lori
Jul 02, 2016 | 05:30 AM
SAMBUTAN Syawal yang bakal tiba tahun ini tidak semeriah berbanding sambutan tahun-tahun sudah.
Perasaan resah dan pilu menyelubungi keluarga Encik Mohd Said Hashim tatkala mereka menyimpan harapan agar beliau dapat sedarkan diri setelah berada dalam keadaan koma sejak Sabtu lalu.