IA bermula dengan masalah mudah lupa. Lupa di mana kunci kereta. Lupa apa yang diminta lebih awal.
"Kadang-kadang itu, beliau duduk dan nak makan sesuatu. Apabila melihat kami memakannya, beliau kurang senang. Beliau terlupa itu yang dimahukannya. Sangkanya kami yang memaksa. Masalah lupa-lupa inilah yang mencetuskan banyak pertengkaran antara kami," akui Encik Jamil Abdul Rahman.