Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUAMI WARGA SG, ISTERI WARGA MAGHRIBI

Pelbagai program bantu warga luar rasa selesa dan diterima

Apr 22, 2021 | 05:30 AM



KETIKA beliau ke Singapura untuk melanjutkan pelajarannya di kolej pada 2018, Cik Farah (bukan nama sebenar) tidak pernah terfikir bahawa beliau akan bertemu jodohnya di sini.



Bernikah dan menetap bersama suaminya, Encik Mustafa (bukan nama sebenar) seorang pegawai pentadbir di Singapura pada 2019, beliau mengatakan ia merupakan perubahan yang besar ketika berjauhan bersama keluarganya di Maghribi.



Mengandung buat pertama kali di tengah-tengah pandemik Covid-19 tahun lalu, Cik Farah, 30 tahun, berkongsi kepada Berita Harian beliau rasa kesunyian tanpa rakan dan keluarga untuk bertemu ketika beliau bermastautin di Singapura.



Namun, melalui program Persahabatan (FP) di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), beliau dapat rakan baru dan dapat rasa lebih selesa di kediaman barunya di Singapura.



Rakan itu merupakan seorang sukarelawan yang dilatih dan dipadankan dengan pasangan Bukan Pemastautin untuk membantunya berintegrasi di Singapura.



Sebagai seorang ibu baru, Cik Farah berkata, rakannya itu sering menghubunginya bertanya khabar dan memastikan beliau sihat dan beliau bersedia untuk menghulur bantuan.



"Boleh kata rakan saya itu seperti kakak saya di Singapura.



"Jika saya ada sebarang masalah, beliaulah orang pertama yang saya hubungi bagi mendapatkan bantuan," katanya yang telah menerima bantuan daripada kakitangan di Care Corner Singapura.



Setelah bersalin awal tahun ini, Cik Farah berkata beliau mengalami masalah menyusukan anak perempuannya dan mula rasa tertekan.



Namun, setelah mengongsi masalahnya dengan rakannya, Cik Farah rasa tenang dan mengatasi masalah itu.



"Apabila masalah itu berlaku saya tidak tahu apa yang harus di lakukan.



"Sebenarnya saya agak khuatir kerana sebagai warga asing di Singapura, jika saya ke hospital bilnya selalunya mahal kerana tidak menerima subsidi.



"Tetapi, rakan saya itu banyak menjelaskan proses bagaimana saya boleh menerima bantuan daripada agensi-agensi tertentu dan memberi keyakinan kepada saya bahawa semuanya akan baik-baik saja.



"Selepas itu rakan saya itu bantu membuat janji temu bersama doktor untuk saya," kata suri rumah itu yang kini pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang Plus (LTVP) .



Selain menjalani program Persahabatan, pasangan ini juga telah menyertai program-program lain yang ditawarkan oleh Care Corner Singapura.



Ini termasuk Program Persiapan Rumah Tangga (MPP), Program Sokongan Rumah Tangga (MSP) dan program belajar bahasa Inggeris.



Mengalu-alukan program-program tersebut, suaminya Encik Mustafa berkata beliau gembira mereka diberi akses kepada pelbagai sumber berlainan supaya isterinya dapat menyesuaikan diri di Singapura.



"Saya faham ketika beliau ke Singapura, ia mungkin agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan keluarga yang berjauhan.



"Apabila beliau datang ke sini, Farah perlu mempelajari mengenai persekitaran baru, bahasa baru dan budaya di sini.



"Dengan bantuan di Care Corner, saya rasa ia telah banyak membantu isteri saya dari segi menyediakan komuniti kecil bagi golongan minoriti sepertinya rasa selesa dan berasa diterima," kata Encik Mustafa, 40 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >