Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Suara yang ketengahkan kesederhanaan harus ke depan'

Jan 08, 2017 | 05:30 AM



SUARA-SUARA yang mengetengahkan fahaman yang sederhana dan rasional seharusnya ke depan, terutama sekali dalam suasana fahaman politik sayap kanan yang semakin berleluasa di Amerika Syarikat dan juga benua Eropah.



Mengemukakan pendapat beliau mengenai trend global kebelakangan ini, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, menyuarakan kebimbangan beliau tentang politik kebencian dan ketakutan di negara lain.



Katanya, politik dunia sekarang seolah-olah sedang beralih kepada politik remeh yang menggalak kebencian dan sikap misoginistik (menggalak kebencian terhadap kaum Hawa) seperti apa yang diketengahkan bakal Presiden Amerika, Encik Donald Trump.



Encik Trump secara rasmi akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika pada 20 Januari ini.



Menurut Dr Yaacob, pendirian politik itu seolah-olah membenarkan perbuatan yang menindas umat Islam dan juga golongan minoriti lain.



"Saya rasa amat berbahaya bagi kita berada dalam suasana yang menggalak kebencian terhadap orang lain, dan ini dilakukan semata-mata untuk mendapat undian.



"Kini, orang ramai mungkin akan melihat bahawa perbuatan yang menindas orang Islam, golongan minoriti, wanita dan sebagainya dibenarkan apabila mereka melihat pemimpin mereka sendiri melakukan yang sedemikian," ujar beliau.



Dr Yaacob menambah bahawa trend ini dapat dilihat di Amerika dengan pemilihan Encik Trump sebagai presiden, dan juga di Eropah dengan fahaman seperti itu semakin meningkat popularitinya.



Tambahnya, jika fahaman politik seperti ini berterusan, ia akan membentuk dunia yang tidak lagi selamat untuk didiami penduduknya.



"Contohnya, wanita yang berhijab akan berasa tidak selesa untuk keluar dan menaiki kereta api, orang ramai juga akan sentiasa berasa takut bahawa setiap pergerakan mereka dipantau dan sebagainya.



"Untuk itu, kita seharusnya ke depan untuk mengemukakan pendapat tentang kesemua isu ini, suara-suara yang memperjuangkan fahaman yang sederhana dan rasional seharusnya berkekalan," ujarnya.



Dr Yaacob berkata bahawa beliau berharap para pemimpin dunia yang berpengaruh dapat tampil membincangkan isu-isu ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >