Suarakan tentangan tolak ideologi radikal, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:07
Asar
4:32
Maghrib
7:12
Isyak
8:27

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Setempat0

Suarakan tentangan tolak ideologi radikal

Shanmugam: Lebih ramai anggota masyarakat digalak bersuara secara terbuka
Aug 01, 2016 | 05:30 AM

MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam menggalak masyarakat Islam umum untuk bersuara secara terbuka bagi membidas ideologi radikal dan tindakan Zulfikar Shariff yang melanggar batasan.

Kenyataan secara terbuka bagi menentang ideologi itu, tambahnya, tidak harus terbatas kepada golongan pemimpin politik, agama dan masyarakat.

Dengan menyuarakan secara terbuka bahawa orang Islam menentang tindakan tersebut, ia akan menimbulkan keyakinan di kalangan masyarakat lain di Singapura.

"Setiap kali ada kekejaman ISIS dan serangan di seluruh dunia atau di rantau ini, kita akan mempunyai pemimpin agama, politik dan masyarakat yang bersuara. Itu baik.

"Tetapi, saya fikir orang biasa juga perlu bersuara. Nyatakan di khalayak ramai bahawa ia salah dan tidak boleh diterima. Ini penting untuk kita sebagai rakyat Singapura bagi orang Islam dan orang bukan Islam. Orang Islam perlu nyatakan bahawa ia salah dan orang bukan Islam pula melihatnya dan ini menambah keyakinan,'' jelas Encik K. Shanmugam yang ditemui selepas melancarkan sebuah pusat dialisis baru di Yishun Street 81 semalam.

Discover Malay Home Based Businesses

"Jika hanya pemimpin politik dan agama yang bersuara, orang akan kata bagaimana pula dengan arus umum? Penilaian kita, daripada apa yang didengar ialah dalam arus utama berkenaan konteks penangkapan Zulfikar, mereka tahu apa yang dilakukan adalah salah dan menerima penangkapan itu. Tetapi, suarakannya. Nyatakannya. Saya rasa ia penting,'' ujar Encik K. Shanmugam.

Zulfikar, 44 tahun, ditahan selama dua tahun di bawah ISA sekembalinya dia ke Singapura pada 1 Julai lalu kerana menyebarkan ideologi radikal dalam media sosial sehingga meradikalkan sekurang-kurangnya dua warga yang lain.

Dia telah membuat beberapa pos di Facebook yang mempromosikan ISIS dan tindakan ganasnya.

Encik K. Shanmugam menyatakan lebih ramai 'Zulfikar' di dunia dan mereka yang radikal akan wujud di Singapura tetapi masyarakat umum harus menghentikannya.

"Mereka yang menjadi radikal telah tumbuh lebih pantas di negara lain. Di Singapura, ia masih berada di pinggir. Kita harus pastikan ia kekal seperti itu,'' jelasnya lagi.

Laporan lanjut:

Pandangan Zulfikar sokong fahaman radikal dianggap bahaya pada masyarakat

Ideologi sebaran Zulfikar cipta keadaan bagi sifat ekstrem untuk mekar

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Try the new Halal Food Map