Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suasana pilu iringi pemergian dua staf SMRT

Mar 24, 2016 | 05:30 AM



SUASANA pilu menyelubungi kediaman dua kakitangan penyenggaraan SMRT yang maut akibat kemalangan di landasan dekat Stesen MRT Pasir Ris kelmarin.



Sejak awal pagi, ratusan anggota keluarga dan sahabat handai sudah mula berkumpul menantikan jenazah Allahyarham Nasrulhudin Najumudin dan Allahyarham Muhammad Asyraf Ahmad Buhari dibawa pulang ke rumah bagi disemadi.



Jenazah Allahyarham Nasrulhudin, 26 tahun, tiba di rumahnya di Tampines Street 12 sekitar 2.50 petang.



Kecuali tangisan hiba beberapa anggota keluarga dan kenalan, jenazah Allahyarham, yang baru menyertai SMRT Januari lalu, disambut dalam keadaan tenang.



Salah seorang anggota keluarganya, Encik Nasrifudin, yang ditemui Berita Harian (BH) kelmarin selepas majlis tahlil, berkata meskipun begitu sedih dengan kehilangan tersebut, keluarga Allahyarham reda dengan pemergiannya.



"Semestinya kami sedih apabila kami sekeluarga mendapat tahu berita tersebut, namun pada masa yang sama, kami reda terhadap kententuan Ilahi kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya," ujar beliau.



Pihak SMRT menyediakan bas ulang-alik bagi membawa ahli keluarga dan kenalan Allahyarham Nasrulhudin ke Pusara Abadi.



Sementara itu, dalam satu kenyataan semalam, syarikat SMRT mengaku bertanggungjawab atas kemalangan kelmarin dan meminta maaf kepada anggota keluarga mangsa.



Di kediaman pak cik Allahyarham Muhammad Asyraf di Lengkong Empat pula, ibu bapa beliau yang sedang mengerjakan umrah bersama dua lagi adik beliau tiba ke rumahnya dari lapangan terbang dengan menaiki apa yang dipercayai teksi SMRT, ditemani kakitangan SMRT yang menaiki dua van lain.



Keluarga Allahyarham segera dibawa kakitangan SMRT ke rumah mereka.



Pihak media yang menanti tidak dibenarkan mendekati mereka.



Namun, dari jauh, ibu bapa Allahyarham kelihatan tenang kecuali adik perempuan beliau yang tidak dapat menahan sebak melihat mereka yang berkumpul menanti jenazah abangnya dibawa pulang.



Salah seorang rakan Allahyarham, yang enggan namanya disiarkan, memberitahu BH bahawa beliau sebak mendengar berita kehilangan rakan sekolah rendahnya.



"Saya mengenali arwah sejak di bangku sekolah rendah, namun memang tidak dapat dipercayai kami kehilangan seorang rakan yang baik hati," ujarnya.



Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan turut melawat kededua keluarga mangsa.



Beliau meluangkan masa sekitar 10 minit di rumah mangsa dan dilihat berbual dengan anggota keluarga mereka.



Turut melawat ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.



Awal sebelum itu, ketua eksekutif Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Encik Chew Men Leong, telah melawat rumah Allahyarham Nasrulhudin.



Memberitahu media, beliau berkata LTA sedang membantu siasatan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan polis, namun tidak memberikan perincian lanjut.



"Buat masa ini fokus kami ialah kepada keluarga mangsa dan bagaimana kami boleh menyokong mereka," ujar beliau.



Jenazah Allahyarham Muhammad Asyraf dibawa ke Masjid Kassim sekitar 4.40 petang untuk disolatkan, sementara jenazah Allahyarham Nasrulhudin pula disolatkan di Masjid Darul Ghufran sekitar 4.45 petang.



Mereka selamat disemadikan di Pusara Abadi sekitar 6 petang.



Laporan lanjut: SMRT mohon maaf, akui bertanggungjawab atas kejadian




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >