Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suasana suram selubungi Sekolah Tinggi River Valley pabila pelajar kembali ke sekolah

Jul 22, 2021 | 05:30 AM



SUASANA muram menyelubungi Sekolah Tinggi River Valley sedang pelajar kembali ke sekolah itu semalam, dua hari selepas seorang pelajar berusia 13 tahun dipercayai dibunuh di sekolah itu.



Beberapa kakitangan sekolah dan pegawai keselamatan dilihat berdiri di pintu sekolah untuk menyambut pelajar seawal 6.30 pagi.



Sekolah di Boon Lay Avenue itu ditutup bagi cuti umum sempena Hari Raya Haji kelmarin.



Ibu bapa yang menghantar anak mereka juga dilihat menunggu seketika di luar kampus hingga anak mereka masuk ke perkarangan sekolah.



Ramai ibu bapa dan pelajar enggan memberi komen apabila dihampiri media.



Seorang ibu, yang enggan namanya disiarkan, berkata anak perempuannya berusia 17 tahun - yang telah beberapa kali ditanya mengenai insiden itu - tidak selesa menjawab apa-apa soalan.



"Pelajar berasa keliru... siasatan masih dijalankan.



"Sekolah masih tempat yang selamat bagi pelajar," kata ibu itu kepada The Straits Times.



Beliau turut menarik perhatian bahawa guru di sekolah itu sedang melakukan yang terbaik untuk mengurus situasi tersebut.



Sekolah Tinggi River Valley mempunyai pelajar berusia 12 hingga 18 tahun dan menawarkan Program Bersepadu enam tahun, yang membolehkan pelajar melangkau peperiksaan GCE peringkat 'O' dan mengambil GCE peringkat 'A' pada tahun keenam mereka.



Semalam, beberapa pelajar juga telah membawa bunga ke sekolah dan meletakkannya di ruang legar untuk memberi penghormatan kepada rakan sekolah mereka yang meninggal dunia itu.



Ketua Pengarah Pendidikan, Encik Wong Siew Hoong, berkata semalam sekitar 97 peratus pelajar sekolah itu telah kembali ke sekolah, serupa dengan tahap hari biasa.



Kelmarin, seorang pelajar berusia 16 tahun dari sekolah itu didakwa atas tuduhan membunuh di Mahkamah Daerah.



Namanya tidak boleh disiarkan kerana dia berusia di bawah 18 tahun.



Dia akan direman bagi pemerhatian psikiatri dan dijadual kembali ke mahkamah pada 10 Ogos.



Dalam satu kenyataan pada Isnin lalu, polis berkata pegawai mendapati mangsa berusia 13 tahun itu terbaring di tandas dengan tubuhnya mengalami beberapa kesan luka.



Sebilah kapak telah diambil sebagai bahan bukti semasa tertuduh ditangkap.



Sementara itu, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, berkata kelmarin bahawa siasatan awal menunjukkan tertuduh telah membeli kapak itu dalam talian dan mempunyai sejarah isu kesihatan mental.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >