Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Subahat tipu rekod vaksinasi palsu: Pengasas kumpulan antivaksin didakwa

Seorang doktor dan pembantunya turut didakwa; lagi 8 disiasat
Jan 24, 2022 | 05:30 AM



PENGASAS kumpulan antivaksin, Healing the Divide (HTD), Iris Koh, telah ditangkap, bersama seorang lagi doktor dan pembantunya, atas dakwaan bersubahat untuk menipu dan menyerahkan rekod vaksinasi palsu kepada Kementerian Kesihatan (MOH).



Koh, 46 tahun telah ditangkap Jumaat lalu bersama dua lelaki lain, berusia 33 dan 40 tahun, kerana berkonspirasi untuk menipu. Lapan lagi orang sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam kes tersebut.



Koh didakwa semalam dengan satu tuduhan berkonspirasi untuk menipu dan ditahan reman bagi siasatan lanjutan.



Dua lelaki itu, Jipson Quah dan Chua Cheng Soon Thomas didakwa Jumaat lalu kerana bersubahat dengan berkonspirasi untuk menipu. Mereka juga direman.



Menurut satu kenyataan polis, mereka mula menyiasat selepas menerima laporan MOH mengenai siasatannya terhadap seorang pengawal perubatan berdaftar di bawah Peraturan Penyakit Berjangkit (Pembekal Ujian Pantas Antigen 2021) kerana menyerahkan maklumat palsu kepada Pendaftaran Imunisasi Negara dan mencatatkan secara palsu vaksin Covid-19 telah diberi kepada individu meskipun beliau tidak melakukannya.



Polis kemudian bertindak serta-merta untuk menyiasat laporan itu dan menangkap dua lelaki dan seorang wanita pada hari yang sama, kata kenyataan itu lagi.



Siasatan awal mendedahkan kedua-dua lelaki itu, seorang daripadanya pengamal perubatan dan seorang lagi pembantunya, terlibat dalam konspirasi untuk menipu MOH dengan menyerahkan maklumat palsu dengan niat untuk mendorong MOH memberikan Sijil Vaksinasi terhadap Covid-19 dalam permohonan TraceTogether.



Wanita itu didakwa merujuk kliennya yang dipercayai anggota HTD, kepada pengamal perubatan selain menyarankan memberikan sesuatu yang lain dan bukan vaksin kepada pesakit.



Dalam satu kenyataan berasingan, MOH berkata ia sedang menyiasat Wan Medical Clinic yang didakwa menjadi rakan kongsi bersama Koh, untuk menawarkan ujian pantas antigen (ART) Ujian Praacara (PET) secara "bersendiri" kepada anggota HTD.



MOH memulakan siasatannya menyusuli maklum balas tidak diketahui pada Disember tahun lalu.



Klinik tersebut juga didapati membenarkan individu menyerahkan video atau gambar yang dirakam lebih awal kepada klinik yang menunjukkan mereka telah melakukan ART PET terhadap diri mereka sendiri.



Klinik itu kemudian memuat naik keputusan negatif ART individu berkenaan. MOH juga mendapati pengamal perubatan yang terdaftar di klinik tersebut, Quah, dikatakan terlibat menawarkan khidmat vaksinasi di mana maklumat palsu diserahkan kepada Pendaftaran Imunisasi Nasional yang menunjukkan vaksin Covid-19 telah diberikan kepada individu, meskipun mereka belum menerimanya. MOH akan merujuk Quah kepada Majlis Perubatan Singapura bagi siasatan lanjut.



Selain itu, kenyataan polis turut berkata wanita itu kini disiasat atas kesalahan dakwaan bersubahat dengan mendesak orang agar menghalang pegawai perkhidmatan awam melakukan tugasan awam menghasut orang ramai menelefon bertubi-tubi talian 'hotline' awam Covid-19. Kesalahan bersubahat dengan berkonspirasi untuk menipu dan konspirasi jenayah untuk menipu kedua-duanya boleh dikenakan hukuman penjara hingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.



Polis turut menekankan bahawa ia memandang serius tindakan yang boleh menimbulkan risiko kesihatan awam di tengah-tengah usaha negara memerangi pandemik Covid-9.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >