Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Subsidi bil rawatan akan disemak agar lebih tinggi bagi lebih memerlukan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

BAHAS BELANJAWAN - KEMENTERIAN KESIHATAN

Subsidi bil rawatan akan disemak agar lebih tinggi bagi lebih memerlukan

Mar 06, 2021 | 05:30 AM

SKIM subsidi pemerintah yang membantu orang ramai bagi bil perubatan mereka akan disemak tahun depan untuk membolehkan mereka yang memerlukan bantuan menikmati subsidi lebih tinggi.

Antara lain, hospital akut, yang menentukan subsidi berdasarkan pendapatan individu dalam ujian kemampuan, sekarang akan menggunakan pendapatan per kapita isi rumah (PCHI), yang sudah digunakan secara meluas dalam khidmat penjagaan kesihatan awam lain.

Mengumumkan demikian semasa perbahasan belanjawan Kementerian Kesihatan di Parlimen semalam, Menteri Negara Kanan ( Kesihatan), Dr Koh Poh Koon, berkata menggunakan PCHI dan bukan pendapatan individu itu akan mengambil kira jumlah sokongan isi rumah serta jumlah anggota isi rumah yang disokong individu tersebut.

Orang ramai juga boleh menjangka subsidi antara 50 dengan 80 peratus bagi wad kelas B2 dan C. Sekarang, subsidi bagi wad kelas B2 ialah antara 50 dengan 65 peratus, manakala bagi wad kelas C antara 65 dengan 80 peratus.

Rangka kerja subsidi itu akan juga dilaksana bagi pembedahan siang hari.

"Ini akan menambah jumlah subsidi bagi 70 peratus bil pembedahan siang hari dan menggalak pesakit menjalani pembedahan siang hari berbanding dimasukkan ke hospital sekiranya wajar," ujar Dr Koh.

Bagi memudahkan pesakit berpendapatan rendah memilih wad kelas A atau B1, MOH akan juga membolehkan mereka mendapatkan rawatan susulan bersubsidi di Klinik Pakar Pesakit Luar (SOC).

Dr Koh memberi contoh pesakit SOC bersubsidi yang ingin dirawat di wad privet antara lain kerana inginkan lebih privasi dan kemudahan alat hawa dingin. Namun, ini bermakna mereka akan kekal sebagai pesakit privet bagi rawatan susulan dan kos rawatannya membimbangkan mereka.

Akibatnya, mereka kadangkala terpaksa melupakan hasrat itu dan memilih wad bersubsidi. Dengan langkah baru itu, mereka boleh menikmati subsidi berdasarkan PCHI.

Namun, individu yang mempunyai PCHI lebih tinggi akan mendapat subsidi lebih rendah di SOC, iaitu 40 peratus bagi PCHI $3,300 dan ke atas dan 30 peratus bagi PCHI $6,500 dan ke atas.

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata ini akan memastikan golongan lebih memerlukan akan mendapat lebih subsidi.

Dr Koh turut mengumumkan subsidi maksimum di hospital masyarakat akan dinaikkan kepada 80 peratus manakala subsidi minimum ditambah kepada 30 peratus.

Dalam pada itu, had pengeluaran tahunan bagi skim Flexi-MediSave, yang bertujuan membantu warga emas mengurangkan jumlah wang yang dikeluarkan dari poket bagi penjagaan kesihatan, akan dinaikkan daripada $200 kepada $300 mulai 1 Jun.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3