Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Subsidi Dana Bantuan Rawatan Perubatan diperluas kepada lebih ramai warga

Warga Singapura dengan pendapatan per kapita isi rumah (PCHI) antara $2,800 dengan $6,500 sebulan bakal terima subsidi sehingga 50 peratus
Aug 18, 2021 | 05:30 AM



SUBSIDI Dana Bantuan Rawatan Perubatan (MAF), yang membantu pesakit dengan kesukaran membayar kos ubat mahal rawatan luar hospital bagi masalah perubatan seperti barah, akan dilanjutkan kepada lebih ramai warga Singapura menerusi peningkatan kriteria pendapatan yang layak.



Subsidi sehingga 50 peratus akan dilanjutkan kepada warga Singapura dengan pendapatan per kapita isi rumah (PCHI) antara $2,800 dengan $6,500 sebulan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya semalam.



Buat masa ini, keluarga dengan PCHI antara $2,800 dengan $6,500 sebulan tidak menikmati sebarang subsidi.



Keluarga dengan PCHI $2,000 ke bawah menerima subsidi 75 peratus manakala keluarga dengan PCHI antara $2,000 dengan $2,800 menikmati subsidi 50 peratus.



Namun, di bawah rangka kerja subsidi yang disemak, keluarga dengan PCHI antara $2,800 dengan $3,300 boleh menikmati subsidi 50 peratus.



Keluarga dengan PCHI antara $3,300 dengan $6,500 pula akan menerima subsidi 40 peratus.



Dengan perubahan itu, sekitar 3,000 benefisiari setiap tahun kini boleh mendapat akses kepada subsidi itu.



Peningkatan subsidi itu adalah sebahagian daripada langkah yang diumumkan MOH semalam dalam usaha mempertingkat kemampuan rawatan barah sedang jumlah kes barah yang baru didiagnos meningkat dan kemajuan perubatan memperkenalkan rawatan ubat barah yang baru dan lebih mahal.



"Peningkatan subsidi ini akan mempertingkat kemampuan bagi pesakit yang layak, dan akan dikenakan kepada kedua-dua ubat barah dan bukan barah yang disenaraikan di bawah MAF," kata MOH.



Kementerian itu berkata pesakit yang menerima subsidi di institusi penjagaan kesihatan awam kini menerima subsidi sehingga 75 peratus bagi ubat di bawah Senarai Ubat Standard (SDL) dan MAF.



Menyusuli rundingan harga dengan syarikat penghasil ubat untuk mendapatkan harga lebih baik dan penjimatan kos, lagi 55 ubat barah akan disenaraikan di bawah SDL/MAF.



Ini akan meningkatkan sokongan bagi sekitar 150 rawatan ubat barah, kata MOH.



Dalam pada itu, had pengeluaran Medisave bagi kemoterapi dan imbasan barah pesakit luar akan disesuaikan sejajar dengan perubahan kepada MediShield Hayat.



Di bawah had disemak, pesakit boleh menggunakan $1,200 sebulan daripada Medisave bagi rawatan ubat barah dengan had tuntutan MediShield Hayat melebihi $5,400, dan $600 sebulan bagi rawatan lain dalam senarai.



Mereka juga boleh mendapatkan tambahan $600 setahun bagi khidmat ubat barah dan/atau imbasan barah lain.



Buat masa ini, pesakit boleh menggunakan $1,200 sebulan bagi semua khidmat dan rawatan ubat barah, dan tambahan $600 setahun bagi imbasan barah.



Terdapat 71,748 kes barah yang baru didiagnos yang dilaporkan antara 2013 dengan 2017 - 25 peratus lebih tinggi daripada 2008 hingga 2012.



Jumlah tuntutan MediShield Hayat bagi rawatan ubat barah pesakit luar juga semakin bertambah, dengan seramai 29,100 individu membuat tuntutan pada tahun lalu, iaitu meningkat 30 peratus daripada 2017.



Bayaran MediShield Hayat yang dibuat juga telah meningkat lebih 50 peratus daripada 2017 untuk mencapai $168 juta tahun lalu.



Dalam usaha mempertingkat kemampuan rawatan barah, antara lain, pelan insurans nasional MediShield Hayat akan disesuaikan untuk meliputi senarai rawatan ubat barah yang terbukti secara klinikal dan menjimatkan kos yang boleh dituntut di bawah pelan insurans nasional itu.



Had tuntutan lebih terperinci antara $200 dengan $9,600 sebulan juga akan ditetapkan supaya liputan lebih baik dapat disediakan berdasarkan kos setiap rawatan.



Demi memastikan Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu (IP) diselaraskan dalam menggalak penggunaan rawatan ubat barah terbukti secara klinikal dan menjimatkan kos, IP akan perlu merangkumkan hanya rawatan dalam senarai itu dan menetapkan had tuntutan bagi setiap rawatan ubat barah.



Perubahan ini akan dikenakan kepada semua IP yang dijual atau diperbaharui mulai April 2023.



Tokokan, atau rider insurans, yang dibayar sepenuhnya dengan wang tunai, tidak terjejas dengan perubahan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >