KEMENTERIAN PENDIDIKAN (MOE)
Subsidi pengangkutan, makanan ditingkat bagi pelajar skim bantuan kewangan
Peningkatan Skim Bantuan Kewangan (FAS) akan dimanfaat sekitar 52,000 pelajar rendah hingga pra-U
Mar 05, 2020 | 05:30 AM
PARA pelajar dari keluarga berpendapatan rendah di bawah Skim Bantuan Kewangan (FAS) Kementerian Pendidikan (MOE) akan mendapat bantuan kewangan lebih tinggi.
Subsidi pengangkutan lebih tinggi akan diberikan dari $10 kepada $15 sebulan bagi murid sekolah rendah hingga ke peringkat prauniversiti.