Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Subsidi prasekolah dipertingkat, tambahan 30,000 isi rumah dijangka raih manfaat

Aug 18, 2019 | 08:31 PM



SUBSIDI prasekolah akan dipertingkat bermula seawal tahun depan dan tambahan 30,000 isi rumah, termasuk mereka yang berpendapatan pertengahan, dijangka meraih manfaat daripadanya.



Siling pendapatan akan dinaikkan ke $12,000 sebulan dari $7,500 sebulan kini, umum Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaannya (NDR).



Ini bermakna lebih 30,000 isi rumah layak mendapatkan subsidi berdasarkan ujian kemampuan (means-tested subsidies) bermula tahun depan.



Tambahan pada itu, pemerintah akan turut meningkatkan kuantum subsidi prasekolah, kata Encik Lee.



"Prasekolah mestilah seperti perumahan dan penjagaan kesihatan, di mana kita mempunyai pilihan baik dan boleh dimampui yang dibiayai pemerintah bagi semua warga Singapura.



"Hari ini lebih 50 peratus tempat di prasekolah dibiayai pemerintah. Kita akan tingkatkan jumlah ini kepada 80 peratus," ujar beliau.



Encik Lee turut menambah bahawa jumlah sekitar $1 bilion yang kini dibelanjakan bagi pendidikan awal kanak-kanak akan digandakan dalam masa beberapa tahun akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >