Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Subsidi tambahan jagaan anak bagi ibu sedang cari kerja, suri rumah

Mar 07, 2019 | 05:30 AM



GOLONGAN ibu yang mencari pekerjaan atau menjaga sepenuh masa anak kecil, akan menerima lebih banyak sokongan subsidi jagaan kanak-kanak.



Mulai bulan ini, ibu tidak bekerja tetapi mencari pekerjaan akan menerima subsidi asas jagaan kanak-kanak $300 dan $600 bagi jagaan bayi selama enam bulan - berbanding tiga bulan sekarang.



Mereka juga akan menikmati subsidi tambahan di antara $100 hingga $540 sebulan, selama enam bulan jika pendapatan keluarga adalah $7,500 dan ke bawah.



Turut menikmati subsidi tambahan ini adalah keluarga yang mempunyai sekurang-kurang dua anak dan ibu tidak bekerja.



Kaum ibu tidak bekerja kerana anak di bawah usia dua tahun, juga akan terima subsidi jagaan kanak-kanak $300 bagi anak yang lebih tua, sehingga anak kecil mereka mencapai usia dua tahun, berbanding 18 bulan sekarang.



Bergantung kepada pendapatan keluarga, mereka juga layak terima subsidi tambahan sehingga $440.



Mengumumkan demikian, Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Faishal Ibrahim, berkata sokongan tambahan ini akan "memberi golongan ibu ketenangan minda untuk mencari pekerjaan".



Beliau juga menjelaskan perubahan dibuat dalam kekerapan menyemak status kerja kaum ibu.



Buat masa ini, Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) mengesahkan status kerja kaum ibu setiap tahun, bagi menyemak subsidi jagaan kanak-kanak atau bayi yang diterima.



Kini, ini akan dilakukan pada saat kemasukan prasekolah, apabila berubah program daripada jagaan bayi ke jagaan kanak-kanak dan ketika mereka mencapai empat tahun.



Namun, ibu bapa yang mungkin layak menerima lebih banyak subsidi kerana perubahan pendapatan keluarga masih boleh mohon untuk semakan semula bila-bila sahaja.



"Kami harap peningkatan ini akan memberi keluarga lebih kepastian dan ketenangan fikiran.



"Dengan peningkatan ini, lebih 5,000 keluarga yang akan raih manfaatnya, mulai 1 Mac 2019.



"Dengan adanya lebih sokongan untuk keluarga, melalui langkah tersebut, saya menyeru lebih ramai ibu bapa mendaftar anak mereka di prasekolah.



"Pastikan anak anda mendapatkan permulaan yang baik," ujar Dr Faishal.



Sementara itu, satu sistem pengurusan berpusat dipertingkatkan akan diperkenalkan tahun ini bagi memudahkan permohonan untuk subsidi dan bantuan kewangan serta proses pentadbiran pusat jagaan kanak-kanak.



"Ini akan melancarkan proses permohonan bagi sekitar 20,000 keluarga baru setiap tahun dan mengurangkan separuh daripada masa diluangkan bagi permohonan subsidi," tambah Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >