Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Subsidi vaksin bagi kanak-kanak, orang dewasa dan terapi henti merokok

Mar 06, 2020 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan memperkenal subsidi penuh untuk vaksin yang disyorkan bagi kanak-kanak dan pemeriksaan perkembangan kanak-kanak.



Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amrin, berkata subsidi juga akan disediakan bagi vaksin yang disyorkan untuk orang dewasa dan terapi berhenti merokok.



Mengumumkan tiga subsidi baru itu semasa perbahasan Belanjawan MOH di Parlimen semalam, Encik Amrin berkata di bawah subsidi vaksin, semua jenis vaksin yang disyorkan dalam Jadual Imunisasi Kanak-Kanak Nasional (NCIS), termasuk pneumococcal dan HPV, akan diberi percuma kepada kanak-kanak warga Singapura.



Subsidi itu disediakan di semua poliklinik dan klinik Chas di serata Singapura.



Beliau menambah bahawa subsidi penuh juga akan diberikan bagi pemeriksaan perkembangan kanak-kanak warga Singapura berumur enam tahun ke bawah, di semua poliklinik dan klinik Chas.



"Pengesanan dan pemulihan awal dapat mendatangkan kesan lebih baik.



"Melentur buluh biar dari rebungnya. Kita mahu anak-anak memulakan hidup mereka dengan sihat. Ini usaha berterusan untuk memastikan Singapura menjadi tempat unggul untuk membesarkan anak dan membina keluarga," kata Encik Amrin



Warga dewasa tertentu juga akan diberi subsidi vaksin.



Subsidi akan diberi untuk vaksin yang disyorkan di bawah Jadual Imunisasi Dewasa Nasional (NAIS) bagi sebahagian warga dewasa Singapura tertentu, iaitu warga emas berusia 65 ke atas, dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.



NAIS merangkumi tujuh jenis vaksin yang menyediakan perlindungan bagi 11 jenis penyakit, termasuk flu dan pneumococcal.



Encik Amrin menjelaskan subsidi diberi mengikut kemampuan individu. Misalnya di poliklinik, warga Singapura berpendapatan rendah dan pertengahan akan mendapat subsidi sebanyak 75 peratus.



Warga Singapura lain mendapat subsidi sebanyak 50 peratus.



Generasi Perintis mendapat subsidi tambahan sebanyak 50 peratus manakala Generasi Merdeka pula mendapat subsidi tambahan 25 peratus, daripada baki jumlah pembayaran bersama.



"Saya menggesa warga Singapura, terutama ibu bapa dan warga emas, supaya meraih manfaat daripada subsidi ini. Pencegahan lebih baik daripada rawatan," kata Encik Amrin



Terdapat juga subsidi untuk terapi penggantian nikotin bagi mereka yang menjalani terapi berhenti merokok.



Encik Amrin melahirkan keprihatinan mengenai satu daripada empat orang Melayu Singapura merokok.



"Kami akan memulakan program perintis terapi berhenti merokok di institusi kesihatan awam selepas keadaan Covid-19 reda dan operasi kembali seperti sedia kala," ujar beliau.



Program itu menyasarkan 10,000 perokok dan menawarkan kaunseling, terapi penggantian nikotin, jika sesuai, dan konsultasi susulan hingga setahun.



"Sudah terhantuk baru tengadah. Jangan tunggu sakit baru hendak berhenti merokok," kata Encik Amrin.



Dalam ucapannya Encik Amrin turut merumuskan pelbagai kegiatan menggalak kesihatan yang telah diadakan untuk masyarakat.



Antaranya ialah kempen 'Kita dah Cukup Manis' untuk menggalak mengurangkan pengambilan gula, 'Puff for a Puff' bagi membuang tabiat merokok, dan 'Get fit for Haj/Umrah' serta 'Gerak Gelak' untuk menggalak semua orang agar jadi lebih aktif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >