Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sudah ada pesaing bagi Tik Tok

Jun 17, 2020 | 05:30 AM



BEIJING: Pembuat aplikasi video pendek China kini membawa persaingan mereka ke luar negara, dengan Tik Tok menghadapi persaingan sengit dari pendatang baru yang kian meningkat - dengan menawarkan ganjaran kepada pengguna untuk terus menatap.



Zynn, sebuah produk yang dihasilkan syarikat Kuaishou, dilancarkan pada bulan Mei dan menjadi aplikasi percuma paling popular di Apple App Store di Amerika Syarikat hanya sebulan kemudian.



Dengan adanya Zynn, Kuaishou berusaha menurunkan Tik Tok dari tahtanya.



Antaramuka Zynn hampir seakan Tik Tok, yang membolehkan pengguna melihat video pendek yang menampilkan pengguna lain menari atau melakukan aksi menarik.



Tetapi tidak seperti TikTok, Zynn menjanjikan lebih daripada sekadar hiburan.



Zynn, yang tidak disediakan di China, memberi ganjaran kepada pengguna di Amerika dan Canada dengan wang tunai apabila mereka mengajak rakan untuk memuat turun aplikasi itu - dengan menawarkan sehingga AS$20 ($28) bagi setiap undangan yang berjaya dan bergantung pada kepada berapa aktif rakan tersebut dalam aplikasi.



Pengguna juga memperoleh mata kerana menonton video, yang kemudian dapat ditukar menjadi wang tunai.



Model niaga Zynn tidak asing lagi bagi pengguna di China, di mana syarikat 'startup' menawarkan hadiah dan wang tunai berjuta-juta yuan kepada pengguna untuk merebut bahagian pasaran yang lebih besar daripada pesaing yang menawarkan perkhidmatan yang hampir sama.



Qutoutiao, sebuah agregator berita yang disenaraikan oleh Nasdaq, adalah antara aplikasi pertama yang menawarkan ganjaran tunai kepada pengguna dalam apa yang disebutnya "program kesetiaan" yang "memperoleh pengguna baru dengan kos efektif".



Ia memerlukan orang yang peka terhadap insentif kewangan kecil yang banyak terdapat di kawasan pedalaman yang luas di China," kata pakar teknologi mudah alih yang berpangkalan di Shanghai, Matthew Brennan.



Kuaishou membuat pertaruhan dengan mengeksport modelnya ke Amerika Utara, di mana beberapa aplikasi berjaya membina pengguna jangka panjang dengan memberi ganjaran kepada yang menggunakannya.



Kejayaan akan bergantung pada sama ada daya tarikan utama aplikasi adalah wang yang dapat diambil, atau adakah pembayaran "hanyalah 'faedah sampingan' untuk menggunakan Zynn", kata Encik Rui Ma, penasihat teknologi dan pengendali podcast Tech Buzz China. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >