Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMBUKAAN SEMULA FASA TIGA

Sudah boleh bersukan dalam kumpulan hingga lapan orang

Dec 29, 2020 | 05:30 AM



DENGAN Singapura melangkah ke fasa tiga pembukaan semula semalam, penggiat sukan sekarang dapat berlatih dan bersaing dalam kumpulan lebih besar.



Di gelanggang futsal Golazo Futsal Singapore petang semalam, sekumpulan remaja dilihat bertukar-tukar hantaran bola dan mengadakan pertandingan kecil dalam format empat lawan empat, iaitu lapan pemain kesemuanya.



Khamis lalu, Sport Singapore (SportSG) mengumumkan bahawa kegiatan fizikal dan sukan dalam kumpulan hingga lapan orang sekarang dibenarkan.



Bilangan itu bertambah daripada lima dalam satu kumpulan yang ditetapkan dalam tempoh fasa kedua.



Notis turut ditampal pada pintu masuk gelanggang futsal Golazo untuk mengingatkan pemain hanya maksimum lapan pemain dibenarkan bermain pada satusatu masa.



Mereka juga harus mematuhi jarak selamat satu meter apabila duduk di luar gelanggang.



Pelajar Muhammad Nur Adham Azahari ketika ditemui di gelanggang futsal yang terletak di Jurong West itu meluahkan rasa gembira dapat bermain bola sepak dan meluangkan masa bersama lebih ramai sahabat lamanya.



Bola sepak menjadi kegiatan riadah yang menyatukan kumpulan rakan sekolah menengah seramai 16 orang itu, yang kini menuntut di politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) berbeza.



Semalam, mereka menempah dua padang futsal dan mengasingkan diri kepada dua kumpulan lapan orang.



"Keluar (bermain) dengan beberapa orang sahaja tak seronok, tak ada kemeriahannya. Kalau lebih ramai orang, lagi seronok," ujarnya.



Encik Adham, 20 tahun, menambah bahawa mereka bermain bola sepak sekali setiap dua minggu dan semasa fasa kedua, hanya dapat menganjurkan kegiatan itu dalam kumpulan lima orang sahaja.



Sekarang, mereka dapat mengadakan pertandingan kecil dalam format empat lawan empat, yang lebih kompetitif dan tidak memenatkan sebab dapat bermain bergilir-gilir.



Ditanya apakah lagi kelonggaran yang mereka harapkan, rakan Encik Adham, Encik Muhammad Danial Md Zaidi, 20 tahun, berkata saiz kumpulan lapan orang sudah mencukupi buat masa ini demi memastikan keselamatan pemain terjaga.



"Cuma harapan saya ialah pada pertengahan atau hujung tahun depan, kita tidak perlu pakai pelitup lagi," tambah pelajar ITE itu.



Pengurus Golazo Futsal Singapore, Cik Suriya Kumari, 40 tahun, berkata sejak pengumuman kegiatan fizikal dan sukan dalam kumpulan hingga lapan orang dibenarkan Khamis lalu, tempahan di gelanggang futsal itu naik 20 hingga 30 peratus.



Sementara itu, padang berbayar dan dewan sukan dalam bangunan tertentu di bawah Skim Dua Kegunaan (DUS) SportSG dan Kementerian Pendidikan (MOE) akan kekal dibuka untuk tempahan awam pada Sabtu dan Ahad dari 2 Januari hingga 14 Mac depan.



Sebelum ini, kemudahan itu hanya dibuka untuk tempahan pada cuti sekolah hujung tahun.



Satu kenyataan bersama SportSG dan MOE semalam mengtatakan "orang awam akan terus mempunyai akses kepada 50 padang berbayar dan 119 dewan sukan dalam bangunan di 135 sekolah rendah serta menengah yang dibuka untuk cuti sekolah hujung tahun".



Tempahan bagi kemudahan sukan itu boleh dibuat melalui aplikasi ActiveSG mulai hari ini.



Menteri Budaya, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, berkata dalam satu catatan di Facebook semalam:



"Terus patuhi langkah pengurusan keselamatan dengan ketat.



"Kemudahan DUS ini dikongsi bersama sekolah dan pengguna lain. Oleh itu, harap berhati-hati dan semua orang dapat bersenam dengan selamat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >