Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’PURA LONGGAR SEKATAN

Sudah divaksin: Sehingga 10 boleh jamu selera di luar

Mar 25, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 10 orang yang telah divaksin penuh boleh menjamu selera bersama di luar, termasuk di pusat penjaja dan kedai kopi, mulai Selasa ini sedang Singapura melonggarkan lagi langkah pengurusan selamat masyarakat memandangkan kes Covid-19 harian di sini semakin berkurangan.



Ini sejajar dengan peningkatan dalam saiz kumpulan bagi perhimpunan sosial dari lima ke 10 orang bagi kegiatan di mana pelitup dibuka yang diumumkan Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 dalam satu sidang media semalam.



Pengerusi bersama MTF yang juga Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dalam mengumumkan had menjamu selera baru itu berkata pengendali makanan dan minuman (F&B) mesti boleh melaksanakan pemeriksaan status vaksinasi pelanggan di pintu masuk mereka.



Tetapi kelonggaran diberikan bagi meringankan beban operasi pengendali F&B, dengan membolehkan hingga lima orang yang telah divaksin untuk makan semeja tanpa perlu memeriksa status vaksinasi mereka di pintu masuk.



Sebaliknya, pemeriksaan rambang akan dijalankan bagi memastikan hanya individu yang telah divaksin menjamu selera di tempat-tempat itu.



Mulai Selasa juga, isi rumah dapat menerima hingga 10 tetamu berbeza pada satu-satu masa, naik daripada lima sebelum ini.



Orang ramai boleh memilih untuk tidak memakai pelitup di luar rumah, seperti di kolong blok, perhentian bas dan pusat pertukaran bas yang tidak berhawa dingin.



Tetapi pelitup masih perlu dipakai di ruang dalam seperti bangunan pejabat, pusat beli-belah, lif, pengangkutan awam, pasar, pusat penjaja dan bilik darjah.



Sementara itu, hingga 75 peratus pekerja yang boleh bekerja dari rumah kini boleh kembali ke tempat kerja, naik daripada had 50 peratus kini.



Jarak selamat satu meter akan terus dikehendaki antara individu atau kumpulan dalam sekitaran di mana pelitup dibuka.



Ia kekal tidak dikehendaki dalam sekitaran di mana pelitup dipakai.



Had kapasiti 50 peratus bagi acara besar dengan lebih 1,000 orang, seperti tempat tarikan, kapal persiaran dan acara mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (Mice), pula akan dinaikkan ke 75 peratus.



Encik Wong turut mengumumkan yang persembahan secara langsung akan dibenarkan disambung di semua ruang dalam dan luar, termasuk pertubuhan makanan dan minuman (F&B).



Tayangan program yang disiarkan secara langsung dan hiburan yang dirakam juga kembali dibenarkan di pertubuhan F&B.



Kegiatan vokal beramai-ramai, seperti sorakan oleh penonton di acara dan nyanyian di sekolah, turut dibenarkan, tetapi pelitup perlu dipakai sepanjang kegiatan itu.



Perhimpunan sosial berskala lebih besar, seperti makan malam gala, acara korporat dan sambutan ulang tahun juga kembali dibenarkan, dengan langkah pengurusan selamat seperti jarak satu meter antara meja dan had 10 orang di satu meja.



Bagaimanapun, perniagaan hiburan malam, yang termasuk pub, bar, pertubuhan karaoke dan kelab malam, belum dapat dibuka semula, kata Encik Wong.



"Kami sedang mengambil langkah besar untuk membuat pelonggaran lanjut, tetapi kami dengan sengaja tidak melakukan pembukaan penuh.



"Ini kerana pandemik ini belum berakhir dan akan ada lebih banyak kejutan yang menanti kita. Saya berharap semua orang memahami rasional bagi pembukaan semula kita dan menerima perubahan-perubahan ini dalam semangat yang betul," kata Encik Wong.



"Sentiasa ada risiko bahawa sistem penjagaan kesihatan kita mungkin mengalami tekanan yang hebat sekali lagi, bahawa kita mungkin melihat varian baru yang lebih agresif dan berbahaya dan jika keadaan sedemikian timbul, kita mungkin tidak mempunyai pilihan selain mengetatkan sekatan kita sekali lagi, dan kami harap semua orang memahami perkara ini," tambahnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >