Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MADRASAH ALJUNIED

Sudah sedia bila-bila masa hadapi HBL

May 20, 2021 | 05:30 AM



SELEPAS pengalaman melalui pemutus litar tahun lalu, mudirah Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Cik Khairiana Zainal Abiden, memutuskan agar setiap penggal diadakan pembelajaran di rumah (HBL) bagi menyesuaikan kedua-dua guru dan pelajar dengan kaedah pembelajaran sedemikian.



Justeru awal tahun ini, madrasah tersebut telah mengadakan sekali pembelajaran di rumah demi mempersiapkan pelajar dan guru sekiranya berlaku lagi keadaan di mana sekolah perlu ditutup dan pembelajaran beralih ke alam maya.



"Penyesuaian ini penting agar kedua-dua guru dan pelajar tidak terkejut dalam menggunakan kaedah ini.



"Lagipun situasi Covid-19 di Singapura ini tidak menentu dan boleh berubah-ubah dengan sekelip mata.



"Kami juga melihat terdapat manfaat yang baik jika guru dan pelajar mengajar dan belajar melalui platform berbeza," ujarnya.



Secara tidak langsung juga tambahnya, guru dapat mempertingkat kemahiran mereka dalam penggunaan teknologi.



Berkaitan teknologi pula, Cik Khairiana berkata kesemua lebih 500 pelajarnya daripada menengah 1 hingga pra universiti memiliki alat pembelajaran mereka sendiri.



Setiap pelajar mempunyai iPad sendiri sejak 2015 bagi mempermudahkan pembelajaran terutama sekali bagi subjek berbahasa Arab.



"Ini merupakan sebahagian daripada transformasi kurikulum kami bahawa setiap pelajar perlu memiliki alat mereka sendiri.



"Ini akan memudahkan mereka mengadaptasikan dengan pelbagai sofwe yang terdapat dalam talian seperti Google Meet bagi mempermudahkan dan melancarkan proses pembelajaran," katanya lagi.



Di samping itu, persediaan yang meluas itu juga termasuk melakukan tinjauan dalam kalangan pelajar untuk mengetahui sebarang kesulitan yang mereka hadapi di rumah sekiranya HBL dilaksanakan.



Ia termasuk mengetahui sama ada pelajar mempunyai hubungan wifi yang baik di rumah.



"Bagi pelajar yang khidmat wifi mereka tidak begitu baik di rumah, kami sudah mengetahui dari awal siapakah para pelajar ini, dan kami akan hulurkan bantuan kepada mereka seperti meminjam alat 'dongle' kepada mereka sepanjang tempoh HBL," katanya.



Madrasah Aljunied juga akan mula melangkah ke HBL bermula semalam selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Pendidikan (MOE).



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), aturan baru itu harus dilaksana hingga tempoh langkah dipertingkat Fasa Kedua pembukaan semula berakhir, atau hingga maklumat lanjut diberi.



Menurut Cik Khairiana, mujur peperiksaan pertengahan tahun telahpun berakhir berbanding tahun lalu di mana pemutus litar perlu dilaksanakan sebelum peperiksaan dijalankan.



Untuk memberikan keputusan kepada pelajar, Cik Khairian berkata pihak sekolah akan memuat naik keputusan dan transkrip pelajar ke dalam satu portal pelajar.



Daripada segi HBL juga tidak begitu banyak memandangkan guru hanya perlu menyemak semula kertas peperiksaan bersama pelajar.



Tetapi kelas pengayaan terutama bagi pelajar yang akan menduduki kertas bahasa Melayu GCE peringkat O dan A menjelang akhir bulan ini, akan tetap diteruskan.



"Jabatan teknikal di sekolah kami akan tetap bertugas untuk memastikan sekiranya terdapat sebarang masalah teknikal semasa HBL dijalankan," katanya.



Beliau turut menambah semalam bahawa sebelum sekolah tutup, pihak madrasah telah menghantar senarai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan pelajar semasa HBL.



Antaranya, pelajar perlu memastikan mereka bersedia di hadapan alat teknologi masing-masing pada masa yang ditetapkan dengan pakaian seragam sekolah penuh termasuk songkok bagi pelajar lelaki dan tudung sekolah bagi pelajar perempuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >