Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES BUDAK MATI DIDERA

Sudu panas diletak di tapak tangan mangsa sebagai hukuman

Nov 19, 2019 | 05:30 AM



LELAKI yang didakwa membunuh anaknya yang berusia lima tahun, telah menggunakan sudu panas untuk membakar tapak tangan budak lelaki itu sebagai 'hukuman' membuka tin susu tepung adik-beradiknya.



Mahkamah diberitahu demikian dalam perbicaraan kes tersebut semalam, lapor akhbar The Straits Times.



Ridzuan Mega Abdul Rahman, juga memberitahu pakar psikiatri forensik, Dr Cheow Enquan, bahawa dia sering memukul isterinya kerana perselisihan remeh namun cuba menahan dirinya dan mengarahkan kemarahannya itu kepada anaknya.



Dr Cheow berkata keupayaan Ridzuan mengawal kemarahannya dan keganasan terhadap anaknya menunjukkan dia tidak mengalami kondisi mental yang dikenali sebagai 'intermittent explosive disorder' (IED).



Pakar psikiatri forensik dari Institut Kesihatan Mental (IMH) membuat kenyataan di mahkamah pada hari kelima perbicaraan melibatkan Ridzuan dan isterinya Azlin Arujunah, kededuanya 27 tahun, atas tuduhan membunuh anak mereka yang berusia lima tahun dengan menyiram air panas.



Dalam minggu-minggu sebelum budak lelaki itu meninggal dunia pada 23 Oktober 2016, pasangan tersebut telah menyiramnya dengan air panas beberapa kali.



Mereka juga menghadapi tuduhan lain berkaitan tindakan mendera budak lelaki itu, termasuk dengan mengurungnya dalam sangkar binatang peliharaan, mencubitnya dengan playar, dan memukulnya dengan penyapu.



Peguam Ridzuan telah menghantar laporan psikiatri bahawa dia mengalami beberapa masalah mental termasuk IED, di mana seseorang itu boleh 'meledak' tanpa mengikut situasi dan tidak mempunyai matlamat.



Namun, Dr Cheow berkata sikap Ridzuan yang agresif memaparkan keganasan secara bertahap dan bukan mendadak seperti ciri IED.



Menurutnya, keganasan Ridzuan mempunyai sebab dia memukul isterinya yang menghalang dia keluar rumah dan menendang kucing peliharaannya kerana kencing di atas sofa.



Jika Ridzuan mengalami IED, dia akan terus bersikap ganas terhadap anak-anak yang lain, kata Dr Cheow.



"Dia mempunyai keupayaan mengawal kemarahannya. Dia mampu menahan dirinya daripada menghukum anaknya yang lain seperti itu kerana mereka tidak menunjukkan perangai seperti arwah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >