SINAR RAMADAN
Sudut Sihat di Masjid An-Nahdhah
Antara bahan yang digunakan dalam makanan sihat untuk jemaah termasuk madu, salad epal dan kentang
Jun 28, 2015 | 05:30 AM
MUESLI mix atau campuran bijirin, buah-buahan kering dan kacang yang dimakan dengan susu; susu kocak kurma; salad epal dan kentang bukan hidangan lazim berbuka puasa.
Namun, itulah antara pilihan yang disediakan bagi jemaah yang berbuka puasa di Sudut Sihat di Masjid An-Nahdhah di Bishan, dalam usaha masjid itu menggalakkan pemakanan sihat.