PEJABAT Peguam Negara (AGC) telah merujuk satu kes kepada Persatuan Guaman di atas kemungkinan salah laku profesional oleh Cik Lee Suet Fern, yang merupakan menantu mantan Perdana Menteri Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew, semasa beliau menyediakan wasiat terakhirnya.
Dalam satu kenyataan semalam, AGC berkata rujukan itu bukan berkaitan dengan kesahihan wasiat terakhir mendiang Encik Lee.