Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suhaimi Salleh undur sebagai presiden LBKM

Karyawan perubatan, Dr Syed Harun Taha Alhabsyi, kini terajui badan mapan
Jun 26, 2022 | 05:30 AM



PEMIMPIN mapan masyarakat, Encik Suhaimi Salleh, berundur dari jawatannya sebagai Presiden Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) selepas sedekad menerajui badan itu.



Pucuk kepimpinan badan yang berusia 57 tahun itu kini diterajui doktor perubatan dan pakar psikiatri, Dr Syed Harun Taha Alhabsyi.



Pelantikan Dr Syed Harun, yang sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Presiden, dibuat sewaktu mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-41 LBKM di Holiday Inn Atrium semalam.



Dr Syed Harun, 37 tahun, merupakan presiden keempat LBKM sejak badan itu dirasmikan pada 22 Ogos 1965.



Sebelum ini, ia pernah dipimpin Haji Wan Hussin Zoohri dan Allahyarham Syed Ali Redha Alsagoff.



Dalam ucapan beliau di AGM itu, Encik Suhaimi, 67 tahun berkata:



"Mengetuai sebuah organisasi mercu tanda berusia 57 tahun bagi masyarakat Melayu/Islam merupakan satu penghormatan dan sesuatu yang sungguh istimewa.



"Saya akan mengenang masa saya sebagai presiden LBKM sebagai satu kenangan yang manis dan rasa bersyukur," katanya, yang telah berkhidmat dengan badan itu sejak 25 tahun lalu.



Sepanjang tempoh beliau sebagai Presiden, LBKM telah mencapai kemajuan yang ketara dalam misi mereka untuk membantu penerima bantuan dengan program dermasiswa, biasiswa dan kewangan mereka.



Di bawah kepimpinannya, program baru juga telah diperkenalkan selain menyaksikan tadbir urus organisasi itu diperkukuhkan lagi.



Encik Suhaimi, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSA Group, turut memberikan penghargaannya kepada sokongan yang beliau terima sepanjang menerajui LBKM, terutama para penderma.



"Sebagai sebuah organisasi yang memerlukan sokongan terhadap sumbangan kami, LBKM juga mempunyai detik-detik yang membimbangkan kami, terutamanya semasa pandemik.



"Bagaimanapun, saya berbesar hati melihat para penderma kami masih dapat terus menunjukkan sokongan di sebalik tempoh sukar untuk LBKM ini, dengan lebih ke hadapan untuk memberi sumbangan kepada pendidikan.



"Ini adalah sesuatu yang amat dihargai oleh LBKM, dan ia tidak mungkin berlaku tanpa sokongan anda," ujarnya lagi, yang yakin di bawah kepimpinan Dr Syed Harun, LBKM dapat terus berkembang lagi, terutama dalam menerokai transformasi digital.



Beliau berkata: "Saya berharap Presiden baru dan pasukannya akan mempertingkat dan mengukuhkan lagi organisasi ini, termasuk memulakan transformasi digital yang lebih mantap untuk mempersiapkan kami menghadapi era yang dipacu data dan kecerdasan buatan (AI).



"Selain itu, saya berharap mereka dapat memulakan strategi dan program baru yang dapat membawa LBKM ke hadapan sepanjang tempoh 10 tahun akan datang dan seterusnya."



Dalam pada itu, Dr Syed Harun berkata beliau ingin memastikan badan itu dapat terus kekal relevan selain menitikberatkan isu pendidikan pelajar dan keperluan pembiayaan mereka.



Anak sulung dari kalangan empat beradik yang telah pun berumahtangga itu berkata:



"LBKM akan pereratkan kerjasama bersama badan-badan Melayu Islam demi meningkatkan lagi sokongan bagi pelajar yang memerlukan, serta berganding bahu untuk memberi mereka peluang secukupnya untuk mencapai kecemerlangan bagi diri mereka sendiri, keluarga dan masyarakat.



"InsyaAllah, pimpinan LBKM seterusnya akan membina dari kejayaan pimpinan sebelumnya, demi meraih manfaat dan sebaik-sebaik peluang pendidikan bagi pelajar kita, tidak kira dari aliran sekular mahupun madrasah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >