Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suhaimi: Selamat tinggal gula

Pengacara siri kegiatan kesihatan anjuran HPB dan BH ajak masyarakat jalani hidup lebih sihat
Oct 29, 2017 | 05:30 AM



WALAUPUN beliau pernah menurunkan berat badannya sebanyak 25 kilogram sepanjang tempoh berlangsungnya salah satu siri televisyen sebelum ini, pengacara dan pelakon Suhaimi Yusof mengakui bahawa beliau tidak bangga dengan 'kesilapan' yang pernah dilakukannya pada masa itu.



"Saya meletakkan jangkaan yang begitu tinggi terhadap diri saya dan kerana itu sering kali berasa tertekan apabila saya tidak dapat mencapai jangkaan itu," katanya.



Berkongsi dengan Berita Harian, Suhaimi berkata walaupun berat badannya turun serta-merta pada masa itu, ia hanya dapat dikekalkan selama dua hingga tiga tahun sahaja.



"Kerana saya meletakkan jangkaan yang terlalu tinggi buat diri sendiri, apabila saya gagal mencapainya saya berasa kecewa dan 'binge eat', kerana itulah berat badan saya terus meningkat secara drastik selepas itu," katanya.



Namun, Suhaimi, pengacara siri kegiatan kesihatan anjuran Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) dan Berita Harian (BH), berkata bahawa ini merupakan salah satu kesilapan yang dilakukannya dalam misi menjaga kesihatannya sebelum ini.



"Ramai antara kita meletakkan harapan serta jangkaan yang terlalu tinggi terhadap diri sendiri contohnya, inginkan susuk tubuh seorang model, namun kita lupa tujuan sebenar adalah menjaga kesihatan tubuh kita secara keseluruhan.



"Dalam misi menjaga kesihatan ini, ia sebenarnya boleh bermula dengan perkara yang kecil sahaja," katanya.



Suhaimi menambah bahawa beliau ingin berkongsi pengalamannya dengan peserta siri kegiatan tersebut, yang akan diadakan pada bulan depan supaya mereka tidak melakukan kesilapan serupa.



Siri empat kegiatan anjuran HPB dengan kerjasama BH itu bertujuan menggalak masyarakat Melayu/Islam mengamalkan gaya hidup sihat dan mencegah penyakit kencing manis.



Setiap kegiatan itu akan diisi dengan sesi perkongsian berkaitan pencegahan penyakit kencing manis, pemakanan sihat dan kegiatan fizikal.



Menurut Suhaimi, beliau bersikap lebih praktikal dan kini mengambil langkah kecil tapi konsisten untuk mencapai matlamat tubuh badan yang lebih sihat.



Antaranya mengucapkan selamat tinggal kepada gula.



Misi 'Say bye bye to sugar' itu dilakukan bersama beberapa teman dan dimulakan dengan dua minggu bebas air manis.



"Memang tiga hari pertama boleh jadi gila kita dibuatnya kerana kita sudah terbiasa, jadi apabila tidak jumpa air manis, kita cari. Tetapi, selepas itu ia menjadi semakin mudah teruskan usaha tersebut.



"Sebenarnya, ramai antara kita yang tidak sedar bahawa kita minum kalori.



"Kita juga tidak sedar akan kandungan gula yang tinggi dalam air yang kita minum setiap hari," katanya.



Langkah seterusnya bagi beliau dan teman-temannya kini adalah memperuntuk sedikit masa setiap hari untuk bersenam.



"Pada saya, senaman tidak semestinya hanya dilakukan secara berat di gim sahaja. Ia juga boleh menjadi sebahagian daripada rutin harian kita, contohnya berbasikal ke tempat kerja, berjalan kaki beberapa minit sehari, tetapi perlu dilakukan secara konsisten."



Menurut Suhaimi, siri kegiatan kesihatan yang diadakan itu penting bagi menggalakkan anggota masyarakat agar segera bertindak dan sedar akan pentingnya kesihatan mereka.



"Melalui siri ceramah ini, saya berharap dapat mengajak masyarakat agar bersama-sama dengan saya melakukan usaha yang sama, seperti yang dilakukan dengan teman-teman saya sebelum ini.



"Mungkin kita boleh membentuk kumpulan di Facebook misalnya, dengan anggota kumpulan boleh menggalak antara satu sama lain supaya menjalani kehidupan yang lebih sihat," katanya.



Kegiatan pertama daripada siri itu akan diadakan di kawasan Geylang Serai pada Ahad, 5 November.



Mereka yang hadir boleh mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan interaktif, termasuk tunjuk cara memasak dan sesi senaman.




DAFTAR BAGI SIRI CERAMAH KESIHATAN AWAK OK?



TARIKH: 5 November



MASA: 1.30 petang hingga 4.30 petang



TEMPAT: Joo Chiat Complex



TETAMU TERHORMAT: Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin



PENGACARA: Personaliti hiburan, Suhaimi Yusof daripada Fly Entertainment



PENCERAMAH:



- Konsultan endokrinologi daripada Sengkang Health, Dr Sueziani Zainudin.



- Duta kesihatan HPB, Cik Juriah Yatim, 53 tahun, akan berkongsi pengalaman dan pesanan gaya hidup sihat.



- Cik Salina Jailani, 51 tahun, berkongsi pengalaman disahkan menghidap penyakit kencing manis tetapi berusaha ubah diet dan gaya hidup bantu bebas daripada ubat kencing manis.



ANJURAN: HPB dan Berita Harian



PENDAFTARAN: Kirim e-mel kepada Nurliyana_AMER_HAMZAH_from.TP@hpb.gov.sg atau SMS kepada 8341- 9694



Tiada Bayaran Dikenakan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >