Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suhu di Singapura akan susut ke 22 darjah selsius kerana lonjakan tengkujuh

Jan 11, 2018 | 01:15 PM



LONJAKAN tengkujuh di Laut China Selatan yang dijangka akan berterusan selama beberapa hari akan datang membuat suhu menjunam di beberapa bahagian Singapura ke 22.8 darjah selsius.



Ini lebih rendah daripada anggaran suhu minimum sebelum ini iaitu 23 darjah selsius.



Cuaca juga dijangka menjadi lebih dingin dalam beberapa hari akan datang, dengan suhu turun ke serendah 22 darjah selsius, menurut kiriman Facebook oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Semalam, suhu 22.8 darjah selsius dicatat antara 6 dengan 7 petang di kawasan seperti Changi, Newton dan Ang Mo Kio oleh Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS).



Ia menjangkakan cuaca mendung dan berangin dengan hujan sederhana ke lebat di Singapura bagi beberapa hari akan datang.



Suhu setiap hari dalam tempoh ini dijangka antara 22 dengan 28 darjah selsius.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >