Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sukan SEA: Bola jaring Singapura mula berlatih di Kuala Lumpur

Aug 13, 2017 | 01:15 PM



'MEDAN pertempuran' sudah pun diteliti dan pasukan bola jaring nasional sudah mula membiasakan diri dengan gelanggang Stadium Juara Kuala Lumpur sebaik sahaja tiba di ibu kota tersebut petang semalam.



Skuad negara 12 anggota itu bakal menghadapi Brunei dalam perlawanan pembukaan di stadium tersebut yang terletak di kawasan Selangor.



Walau terlewat memulakan 'sesi latihan' pertama mereka yang hanya berlangsung selama 15 minit akibat kapal terbang yang tertunda, anggota pasukan tetap berpuas hati dan tidak sabar untuk beraksi.



Jurulatih sementara pasukan tersebut Yeo Mee Hong berkata walau dengan masa yang singkat itu, pasukan masih tetap dapat membiasakan diri dengan kawasan dan persekitaran stadium tersebut.



"Ia seperti satu orientasi, penyerang dapat menggunakan masa 15 minit itu untuk melempar bola manakala yang lain dapat membiasakan diri dengan kawasan stadium," katanya.



Sebelum menentang Brunei Isnin 14 Ogos ini pada jam 5.30 petang, dua lagi sesi latihan akan diadakan di gelanggang tersebut, berdekatan dengan hotel Eastin Kuala Lumpur yang didiami mereka.



Menyentuh tentang pasukan Brunei, Mee Hong berkata bahawa mereka tidak meremehkan seteru pertama mereka itu.



"Bagi kami setiap perlawanan penting, dan kami ingin menumpukan satu perlawanan pada satu-satu masa.



"Melalui sesi latihan luar negara yang telah kami jalani di New Zealand dan Belfast, kami berasa cukup bersedia untuk perlawanan Sukan SEA kami yang pertama ini," ujarnya.



Pada edisi Sukan SEA 2015, pasukan negara juga telah bertemu Brunei dalam perlawanan pembukaan mereka dan menang dengan marjin yang lebar, 72-21.



Kemenangan tersebut merupakan permulaan yang baik bagi pasukan Singapura yang akhirnya memenangi pingat emas dalam temasya sukan itu dua tahun lalu.



Mee Hong akui bahawa kejayaan tersebut memang meningkatkan jangkaan orang ramai terhadap anggota pasukannya itu.



Katanya: "Selepas memenangi pingat emas, sudah tentunya jangkaan orang ramai terhadap pasukan itu untuk mengulangi kejayaannya semakin meningkat.



"Sudah tentunya kami inginkan perlawanan yang baik, tetapi apa yang boleh kami lakukan adalah untuk tumpukan satu persatu."



Selepas perlawanan menentang Brunei pada Isnin, pasukan negara bakal menghadapi Malaysia Khamis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >