DENGAN hanya tinggal sekitar tiga bulan lagi sebelum temasya Sukan SEA dan Sukan Para Asean membuka tirainya, warga Singapura digesa agar memberi sokongan padu mereka terhadap atlit Team Singapore yang bakal bertanding di Kuala Lumpur nanti.
Justeru, bagi menyemarakkan lagi semangat dalam kalangan atlit dan rakyat setempat menjelang temasya sukan dwitahunan itu, sebuah kempen "OneTeamSG Ready for KL" telah dilancarkan semalam.