Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Pesilat Iqbal Abdul Rahman raih emas pertama S’pura di Vietnam

May 11, 2022 | 11:30 AM



Pesilat Singapura Muhammad Iqbal Abdul Rahman merangkul pingat emas pertama Singapura di Sukan SEA Vietnam pada Rabu (11 Mei). 



Iqbal, 28 tahun, menewaskan pesilat Ilyas Sadara dari Thailand dalam final seni tunggal putera pagi ini.



Persembahan Iqbal berjaya memungut 9.960 mata, berbalas 9.930.



Kemenangan Iqbal di Gimnasium Bac Tu Liem di Hanoi ini memperbaiki persembahan pingat peraknya di Sukan SEA 2019. 



Pasukan silat Singapura kini sudah meraih tiga pingat di edisi Sukan SEA ini. 



Pada Selasa, pasukan ganda puteri - Nur Azlyana Ismail dan Sharifah Shazza Samsuri - dan regu puteri -  Iffah Batrisyia Noh, Amirah Sahrin dan Nur Ashikin Zulkifli - negara meraih pingat gangsa setelah tewas dalam separuh akhir. 



Singapura berpeluang menambah jumlah pingat mereka nanti apabila pasangan adik-beradik Muhammad Haziq Mohd Zaque dan Muhammad Hazim Mohd Zaque bersaing dalam final seni ganda putera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >