Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan - KEMENTERIAN UNDANG-UNDANG

Sukar kunjungi pusat undi secara fizikal: Jabatan Pilihan Raya teroka aturan undi khas

Mar 04, 2022 | 05:30 AM



JABATAN Pilihan Raya sedang meneroka aturan pengundian khas bagi mereka yang mengalami kesukaran mengunjungi pusat undian secara fizikal, seperti penghuni rumah jagaan dan warga Singapura luar negara.



Mulai pertengahan tahun ini, ia akan mula mendekati orang awam tentang kemungkinan merintis inisiatif sedemikian, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, semalam.



Beliau berkata demikian di Parlimen sebagai respons kepada soalan Encik Melvin Yong (Radin Mas) yang bertanyakan sama ada aturan dibuat untuk pengundi yang sedang menjalani notis duduk di rumah di hotel semasa Pilihanraya Umum 2020, boleh dilanjutkan kepada kumpulan lain juga pada masa hadapan.



Dalam jawapannya, Encik Chan mendapati pandemik Covid-19 telah menggariskan dua isu dalam landskap pilihan raya Singapura.



Pertama, pengundi semakin menua, dengan 21 peratus pengundi yang terdaftar berusia 65 tahun ke atas pada 2020, berbanding dengan 14 peratus pada 2011.



Bilangan rakyat Singapura di luar negara yang mendaftar untuk mengundi telah meningkat, dari 3,500 pada 2011 kepada 6,500 pada 2020.



ELD sedang meninjau membenarkan beberapa penghuni rumah penjagaan untuk membuang undi daripada tempat penginapan mereka, sama seperti yang dilakukan pengundi yang sedang menjalani notis duduk di rumah di hotel.



"Dengan cara ini, tiada lagi keperluan untuk rumah penjagaan membawa pengundi warga emas yang tinggal dengan mereka ke pusat mengundi untuk mengundi," kata Encik Chan yang juga merupakan Menteri Pendidikan.



Beliau berkata pusat mengundi ditubuhkan di luar negara bagi kebanyakan warga Singapura yang tinggal di luar negara.



Tetapi bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk ke pusat mengundi, ELD sedang meninjau kemungkinan pengundian dengan menggunakan pos.



Namun, Encik Chan menambah "mengundi dengan menggunakan kertas undi di pusat mengundi kekal sebagai cara paling telus dan selamat, yang dapat memastikan dengan baik integriti proses mengundi dan kerahsiaan undi."



Pihak ELD akan mendekati orang awam dan warga lain terlibat dalam proses tersebut seperti parti politik, rumah jagaan dan warga Singapura di luar negara, mengenai cadangan tersebut, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >