Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sukar tempah tiket bas VTL darat, masa tunggu lama

Nov 26, 2021 | 05:30 AM



MASALAH kesukaran mengakses laman tempahan serta masa menunggu yang lama merupakan antara pengalaman bagi pengguna yang ingin mendapatkan tiket bas perjalanan tanpa kuarantin ke Johor Bahru sebaik sahaja penjualan dibuka semalam.



Ramai yang kecewa apabila sekitar 8.15 pagi semalam, laman web salah satu pengendali bas menunjukkan semua tiket telah habis dijual, namun kemudian difahamkan tiket masih ada.



Tinjauan Berita Harian (BH) menunjukkan permintaan bagi tiket bas di bawah skim Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) (Darat) begitu tinggi pada hari pertama dan lebih 1,000 tiket dijual dalam tempoh tiga jam pertama semalam untuk satu pengendali bas, sehingga pengguna lain mengalami kesukaran menempah tiket dalam talian sepanjang hari.



Pegawai perkhidmatan Handal Indah (yang juga dikenali sebagai Causeway Link) yang hanya ingin dikenali dengan nama Cik Indrimita, berkata antara 8 hingga 11 pagi semalam, mereka telah menjual lebih 1,000 tiket.



"Kami belum dapat memastikan jumlah bas yang akan disediakan kerana ramai pengguna masih terus cuba menempah tiket," tambahnya.



Diminta butiran lanjut mengenai tiket yang belum terjual, jurucakap itu berkata maklumat tersebut tidak dapat diberikan kerana bilangan orang yang membuat tempahan kian bertambah.



Tidak lama kemudian syarikat tersebut mengumumkan di Facebook bahawa tiket yang dijualnya hanya bagi tempoh perjalanan dari 29 November hingga 5 Disember.



Sejak awal pagi semalam ramai yang sudah menunggu penjualan tiket dibuka.



Beberapa warga memberitahu BH mereka tidak dapat mengakses laman web Transtar Travel Ptd Ltd seawal 8.15 pagi, dan beberapa minit kemudian mesej di laman web Transtar menyatakan kesemua tiket bagi 30 hari akan datang telah habis dijual.



Namun, menjawab pertanyaan BH, seorang kakitangan syarikat itu berkata tiket masih ada dan pemeriksaan akhbar ini di laman web yang sama kemudian mendapati syarikat itu telah menerbitkan mesej baru, dan meminta pelanggan bersabar dan menunggu giliran sebelum dibenar membuat tempahan.



Transtar Travel dan Handal Indah adalah dua syarikat bas yang dibenar menawarkan 64 perjalanan ulang-alik sehari antara Singapura dan Johor bermula Isnin ini.



Seorang warga, Cik Marzura Hamid, 28 tahun, berkata beliau masih tidak dapat menggunakan laman web itu untuk membuat tempahan selepas menanti lebih sejam petang semalam.



Namun tinjauan di laman Causeway Link sekitar 7.20 malam mendapati masih terdapat tempat duduk bagi perjalanan ke Johor pada 29 November.



Secara purata terdapat 20 tiket yang masih belum dijual bagi setiap bas yang disediakan syarikat Handal Indah itu.



Tiket yang dijual adalah untuk perjalanan bas 1.30 petang sehingga 8.15 malam.



  • Laporan tambahan oleh HARITH MUSTAFFA & FAKHRURADZI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >