Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sukarelawan agih habuan Raya pada keluarga di barat SG

May 10, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 20 keluarga yang memerlukan di bahagian barat Singapura telah menerima habuan Hari Raya dalam satu inisiatif amal, yang dianjurkan oleh sekumpulan sukarelawan.



Inisiatif itu yang berjalan sepanjang bulan Ramadan, sejauh ini telah mengagihkan habuan Hari Raya dan keperluan barang dapur kepada kira-kira 450 isi rumah, menurut sukarelawan yang menerajui inisiatif itu, Encik Khairilanuar Junid.



Pengagihan semalam merupakan yang terakhir dilakukan pada bulan ini.



Penyumbang utama dalam inisiatif amal itu merupakan Pusat Pembelajaran DarNisa, yang terletak di Guthrie Building.



Menjelaskan lebih lanjut, Encik Khairilanuar, yang merupakan sukarelawan di Masjid Al-Taqwa, berkata usaha itu telah dimulakan pada tahun lalu.



"Semasa berlaku Covid-19 tahun lalu, saya dan teman-teman tidak dapat menunaikan umrah tahunan kami di akhir Ramadan.



"Jadi sekumpulan kami, memutuskan untuk menggunakan masa ini dengan sebaiknya dengan melakukan kebajikan dan amal.



"Maka itu kami memulakan usaha ini dan lama-kelamaan, kami menerima banyak sokongan daripada kawan-kawan lain dan saudara-mara apabila mereka melihat perkongsian kami di media sosial dan sebagainya.



"Bukan hanya ramai yang tampil untuk melakukan penghantaran dan pengagihan, tetapi juga dari segi memberi dana untuk usaha ini," ujar beliau yang bertugas sebagai pengurus operasi di Sekolah Rendah Meridian.



Di awal Ramadan, keluarga memerlukan menerima habuan baucar dapur yang bernilai di antara $50 dengan $70.



Manakala di akhir Ramadan pula, mereka menerima hamper Raya bernilai sekitar $30, yang mengandungi antaranya kuih-muih Raya.



"Bulan ini ibarat satu 'bonus' untuk keluarga susah sebab mereka akan menerima banyak bantuan daripada ramai penderma dan ia juga adalah bonus untuk kami beramal di bulan mulia ini.



"Tetapi selepas Ramadan, banyak kerja amal akan berhenti. Barang dapur yang kami beri pula akan hanya bertahan selama sebulan. Setelah Ramadan, bagaimana keadaan mereka?" ujar Encik Khairilanuar.



Lantaran itu, rancangan mereka ialah untuk mengagihkan habuan pada Sabtu terakhir setiap bulan.



"Walaupun kami tidak dapat memberi banyak, tetapi sekurang-kurangnya kami sasarkan lima hingga 10 rumah setiap bulan," tambahnya.



Apabila ditanya apakah yang ingin dicapai daripada inisiatif ini, Encik Khairilanuar berkata:



"Kami semua mempunyai satu matlamat yang sama. Ramadan adalah bulan yang mana segala amalan baik akan diberi ganjaran yang tinggi.



"Justeru, kami ingin mencari keredaan Allah swt."




"Bulan ini ibarat satu 'bonus' untuk keluarga susah sebab mereka akan menerima banyak bantuan daripada ramai penderma dan ia juga adalah bonus untuk kami beramal di bulan mulia ini.



Tetapi selepas Ramadan, banyak kerja amal akan berhenti. Barang dapur yang kami beri pula akan hanya bertahan selama sebulan. Setelah Ramadan, bagaimana keadaan mereka.''
- Encik Khairilanuar




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >