Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Sukarelawan agih makanan kepada warga tua di Boon Keng

Jul 06, 2022 | 05:30 AM



PASUKAN Jagaan Geylang West ditubuhkan pada Mei 2020 dengan tujuan membantu golongan tua dan memerlukan mendapatkan bekalan makanan yang diperlukan semasa tempoh pemutus litar atau 'Circuit Breaker' (CB).



Ditubuhkan oleh seorang usahawan, Cik Phuay Chein Lim, pasukan tersebut rata-rata dianggotai penduduk estet Upper Boon Keng dan warga senja dengan yang paling tua berusia 82 tahun.



Ditemui di sesi lawatan ke tiga flat sewa di Blok 19 Upper Boon Keng Road baru-baru ini, Cik Lim, 64 tahun, yang merupakan pengasas dan ketua pasukan itu berkata beliau memulakan kumpulan itu selepas mendapat tahu terdapat keperluan menghulurkan bantuan makanan kepada golongan penghuni yang tua, memerlukan, tidak tahu dapatkan bantuan dan tidak berdaya.



"Pada mulanya saya dapatkan sokongan lima mantan kakitangan saya untuk sama-sama menggembleng tenaga membantu golongan sedemikian.



"Kami mula kumpulkan dan bungkus makanan yang disumbang oleh pertubuhan kebajikan serta keperluan lain seperti pelitup dan ujian pantas antigen (ART) untuk golongan penghuni sedemikian.



"Lama-kelamaan kami dapat menarik lebih ramai sukarelawan - dengan rata-ratanya merupakan penghuni dalam estet Upper Boon Keng ini," katanya yang turut tinggal di flat empat bilik di Upper Boon Keng Road.



Hasilnya kini kumpulan itu yang mendapat sokongan penuh Kelab Masyarakat Geylang West mempunyai seramai 30 anggota.



Kini pasukan itu akan bertemu seminggu sekali untuk membungkus makanan untuk diagih kepada beberapa penduduk flat sewa di Upper Boon Keng - termasuk golongan susah yang bukan warga senja.



"Selain makanan dihantar ke rumah, terdapat juga mereka yang masih kuat kini turun ke kolong blok untuk mendapatkan agihan catuan makanan kering ini.



"Pada masa ini ada juga penerima bantuan yang berkongsi tentang masalah mereka dengan kami. Selagi boleh kami salurkan kepada agensi yang sesuai," kata Cik Lim.



Kini seramai 16 anggota pasukan jagaan itu turut menyokong inisiatif M Kuasa Tiga (M3) yang dipimpin pemangku pengerusinya, Encik Didicazli Ismail.



Salah seorang bekas penerima bantuan pasukan itu, Cik Kamisah Khamis, 43 tahun, berkata selain mendapatkan bekalan makanan kering, beliau juga kerap berbual dengan kumpulan tersebut dan berkongsi tentang isu-isu yang dihadapi penduduk estet itu.



"Saya rasa selesa dengan pasukan jagaan ini memandangkan sudah lama kenali mereka.



"Alhamdulillah bantuan yang mereka hulurkan sedikit sebanyak ringankan juga perbelanjaan kami pada ketika itu," kata ibu enam anak perempuan itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >