Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:58
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sukarelawan badan pemulihan agih daging korban, dekati keluarga pesalah

Aug 07, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 70 sukarelawan dari rangkaian Pemulihan Melayu/Islam (MMO) bergotong-royong di Masjid Al-Iman untuk usaha pengagihan daging korban kepada waris pesalah yang dirasmikan oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang berlangsung semalam.



Acara ini bertujuan untuk mendekati keluarga pesalah, yang juga penerima manfaat organisasi di bawah Rangkaian Pemulihan MMO sambil menyediakan mereka dengan daging korban semasa tempoh Hari Raya Aidiladha.



Bercakap kepada para sukarelawan, Dr Faishal, yang turut mengikuti sukarelawan FITRAH untuk mengagihkan daging korban kepada waris yang tinggal di kawasan Bukit Batok dan Chua Chu Kang berkata:



"Usaha mendekatkan masyarakat dengan bekas pesalah dapat membantu pemulihan dan integrasi mereka. Proses pemulihan bukan mudah, ianya kompleks, dan kita semua perlu turun padang dan berikan sokongan."



Tujuh organisasi daripada Rangkaian Pemulihan MMO telah mengambil bahagian dalam acara itu dan ini termasuk New Life Stories, Rumah Peralihan Pertapis, Rumah Peralihan Jamiyah, Yayasan Mendaki, AMP Singapura, 4PM dan Fitrah.



Sukarelawan rangkaian MMO ini dapat mengedarkan daging korban kepada 158 penerima di seluruh Singapura.



Setiap keluarga menerima 2 kilogram daging yang disediakan oleh SalamSG Korban.



SalamSG Korban - sebuah jawatankuasa di bawah Pergerakan SalamSG (SSGM) - bekerjasama rapat dengan masjid-masjid tempatan untuk mengatur upacara itu dilakukan di Australia, dan daging yang diterbangkan ke Singapura untuk dibekukan dan diedarkan kepada penerima, serta mereka yang memilih untuk melakukan ibadah korban bersama mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >